Cerita Raya dan Cerita Kapal Terbang


Last entry saya March.

Sejak ditransfer ke Jabatan Hal Ehwal Semasa.Dalam rancangan bual bicara pagi… calltime pkl 6 dan semuanya urgent… nampak tak? jadi saya tidak sempat menjengah blok ini. Bak kata orang dah bersarang dah.

Namun hari ini, saya ambil sedikit masa menulis sepanjang 5 bulan tidak menulis. Antara trajedi besar ialah kehilangan MH 370 dan MH 17 yang ditembak oleh si kumpulan pemisah di sempadan Ukhraine.

Ingatan saya masih kuat, ketika kehilangan MH 370. Dengan adanya smart phone nyata kehilangan ini boleh diikuti dengan hanya phone ditangan. Oleh yang demikian pada malam itu susah saya hendak lelapkan masa.Dan saya kira semua rakyat Malaysia bersedih dengan kehilangan ini. Sehingga ke hari ini, nasib 239 penumpang dan anak kapal masih tidak diketahui.

Dua bulan berikutnya pencarian belum menemu jawaban, MH 17 pula diberitakan ditembak jatuh. Dan nyawa 280 diragut. Dan headlines di dalam BBC kalau tak siap SLAUGHTER AT 10 FEET. Jauh di dalam hati kenapa MAS ? untuk ke-dua kali. Sepanjang aku naik kapal terbang, hanya dua kali aku naik MAS. Rasa bangga bila naik penerbangan negara sendiri. Walau tiketnya mahal berbanding AIR ASIA. Bangga juga rasanya walau dua kali sahaja naikkan!

Itu cerita trajedi.

Ini cerita Hari Raya pula.

Hari ini 10 Syawal 1435H. Masih bulan Raya. Saya pulang beraya sehari sebelum Raya. Ini kerana saya bertugas hujung minggu. Jadi pulang beraya dengan jalan yang tidak sesak. Semuanya berjalan lancar.

Saya menghabiskan selama 5 hari di kampung. Melihat wajah emak yang semakin banyak garis, melihat pergerakan emak yang semakin slow. Membuatkan saya berkata tua benar nampak emak saya. Berkaca mata saya ketika saya bersalam bersama emak dipagi raya. Menjadi prinsip hidup saya, saya tidak akan menangis di hadapan emak saya. Sesekali tidak walau dalam keadaan sedih atau susah hidup saya.

Antara ayat sedih emak ialah, maafkan mak kalau ada tersilap kata.. menyakitkan hati anak. How humble mak i kan… jadi saya sebagai anak merasa amat sedey dengan dialog ni. Sambil memeluk mak, saya kata kepada dia tidak ada salah mak pada saya. Yang banyak salah adalah saya. Ini momen setiap tahun Syawal.

Sepekara yang unik mak saya ialah, setiap tahun dia akan mengatakan dia tidak beraya, namun dialah yang paling sibuk menyiapkan makanan itu dan ini. Dan dia akan selalu berkata mak tak ada baju raya. Dan saya akan kata ” ehhh makkan tidak beraya kenapa nak baju raya,” dengan gelak kami ketawa bersama. Namun saya faham hati mak, kerana mak gembira bersama anak-anak.

Antara doa saya selepas solat ialah mak diberikan kelapangan hati dan sihat diusia yang sebegini. Janganlah dia gusar memikirkan nasib anak-anak dia, bagi saya masa ini dia perlu memperbanyak ibadah dan bersenang hati. Soal wang, soal berjalan, soal bertengkar tidak harus ada di hadapan mata emak. Jadi pada satu Subuh, saya duduk berbincang bersama mak, menyelam apa hatinya. Kebimbangan dia adalah dia takut menyusahkan anak-anak. Namun saya berkata saya akan jadi orang pertama yang ada jika sakit dan susah. Namun terpulang kepada emak untuk membuat keputusan mahu bersama siapa antara kami 5 beradik. Perbualan ini bermula pada pukul 3 pagi sehingga azan Subuh. It was a long conversation in the minddle of the night.

Itu cerita mak, ini cerita Yona.

Saya gembira kerana tahun ini saya beraya bertiga. Saya gembira kerana saya sedang counting Yona umur setahun. Insyallah pada 18 /8 ini genaplah dia setahun. Saya sedang sibuk untuk mencari tema birthday party dia. Sedang sibuk mencari kek yang cantik dengan budjet yang sederhana. Hati berbunga-bunga. Mungkin inilah yang dirasa oleh mak saya ketika dia membesarkan anak-anak. Mungkin kegembiraan itu diterjemah dengan cara yang lain. U never know mak, how muchhh i love u.

Yona paling mengembirakan saya ialah dah berjalan. Dan dia asyik hendak berjalan. Semakin nakal. Semakin kuat rajuk. Semakin kuat ketawa. Namun apa yang penting ialah dia sentiasa sihat dan membesar dengan bijak serta menjadi solehah.

Inilah cerita selepas 5 bulan tidak menulis.

Dan hari ini ada potluck diofis. Walau sudah diclorox bos dalam bilik meeting namun mereka masih makan dengan berselera. Tats the way it is. Namun lepas makan kami dengan gembira mengambil gambar kenang-kenangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s