Minggu ini minggu ke-3 saya berstatus pelajar.
Pada minggu pertama dan kedua saya rasanya it might be easy to handle masa. Dan lebih daripada itu kecekapan menangkap segala info dengan lebih cepat. Namun semakin masuk minggu ke-3, anggapan ini salah. Makin lama rasa makin ‘lost’ pula.
Minggu ke-3 sudah diberi lebih daripada 7 assignment. Dan setiap minggu ada assignment. Setiap minggu ada case study yang perlu diselesaikan. Saya perlu usaha lebih kerana universiti ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama.
Jadi bila bahasa Melayu jadi bahasa ke-2, macam kudalah mengangguk tanpa kadang tidak faham apa yang dibincangakn oleh Dr2 di dalam kelas. Memang mencabar dan tercabarlah . Kadang saya merasa give up untuk meneruskan jalan-jalan menuju puncak ini. Kadang rasa seperti mahu berpatah balik sahaja.Perkataan give up selalu pula singgah di dalam kepala saya. Namun alhamdullilah saya punya suami dan rakan-rakan yang sangat positif. They really support me. Kemudian my second thougt fikir bahawasanya saya perlu ke hadapan mengejar cita-cita.
Berbalik kepada cerita give up, semalam sahaja, sudah tumbang dan tertidur di dalam kereta. Pekara ini jarang saya lakukan. Kerana saya jenis yang tidak suka tidur bersepah. Jadi sepanjang jalan menuju Shah Alam saya merapatkan mata dan terus tertido. Penat mungkin.
Dengan keadaan anak kecik yang masih bangun dua kali semalam menjadikan saya lesu. Dalam keadaan lesu ini saya perlu membesarkan mata dan menguatkan semangat untuk terus menulis dan memikirkan problem solving kepada assignment ini. Ada micro, macro dan midrange case study, haaa hambik ko Ina.
Saya sendiri tidak tahu apa beza tiga pekara ini. Mungkin akan mengambil masa beberapa jam untuk memahami konsep 3 pekara ini. Dan lebih komplek lagi, setiap study case saling berkait dari chapter 1 sehinggala chapter yang terkini. Jika chapter 1 sudah lost bagaimana mahu meneruskan chapter seterusnya. Jadi mengambil shortcut, saya perlu buat fast reading dengan membaca berkali-kali. Ini sahaja yang termampu dilakukan buat masa ini. Jadi kalau ada 20 chapter masak jugalah saya hendak mengingat semua info dan studycase.
Semalam saya menerima assignment yang perlu dihantar dalam jangka masa 1 bulan. Tajuk Media Agenda. Tajuk familiarkan. Tapi diperingkat master bukan semudah yang anda semua sangka. Sumber tidak boleh dipetik di dalam internet, saya perlu ke library untuk mendapat sumber. Lebih teruk lagi Dr yang mengajar di dalam kelas contemporay issues ini menyarankan kalau elok tidur sahaja diperpustakaan. Ini sememangkanya lawak!
Pengajian diperingkat master memerlukan effort dan jiwa yang kuat. Bukan semudah yang dibuat sewaktu peringkat diploma dan degree. Saya perlu melihat lebih details,logik dan membuat kesimpulan yang lebih utuh. Mencari ayat dalam bahasa Inggeris lagi memeritkan. Sejak tinggalkan 10 tahun universiti, bahasa inggeris sudah berlapuk.Masa di syarikat penerbitan dulu, ada juga menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar dan menulis skrip inggeris. Apabila berhijrah, semuanya bahasa Melayu dan bahasa Arab diutamakan.
Tapi aku dua-dua bahasa aku tak master. Jadi untuk menguasai dan memanggil semangat untuk menulis bahasa inggeris ini mengambil sedikit masa.
Celoteh panjang pun tarak guna. Lets see what happen ajalah yer.
Nak dengar lagu lost dr michael buble laaaaaaaaa,,