On Mission


Sebenarnya dari minggu lepas lagi, saya sudah mula mencari donor untuk Adra.

Mula terlibat dalam kempen Donation For Adra. 

Image

Kisah keterlibatan ini bermula apabila melihat di instagram seorang rakan giat membuat collection untuk Adra dengan menjual cupcakes. Sejak dari itu, saya terus meng’like fb Adra dan kemudian mencadangkan kepada penerbit Majalah Islam untuk membuat coverage untuk Adra. Usaha ini berlanjutan apabila penerbit eksekutif turut sama menyokong usaha ini dengan membantu menulis skrip. 

Dengan siaran pertama ini, maka bertambahlah donor untuk Adra.

Anak kecik ini memerlukan lebih kurang RM 1juta untuk pembedahan dan rawatan untuk penyakit hati atau dalam bahasa sainsnya biliary atresia.

Saya sendiri secara personal terasa sangat dekat dengan kes Adra. Ini kerana saya juga punya anak yang sebaya dengan Adra. Setiap kali memandang anak sendiri saya teringatkan Adra. 

Kalau kepenatan atau keletihan saya menjaga anak, letih lagi emak Adra menjaganya semalaman dengan perasaan yang berkecamuk. Saya sedar ini perasaan seorang ibu. Setiap yang ada anak kecil pasti akan mempunyai perasaan ini.

Saya sendiri berkata-kata dalam hati, jika berlaku pada diri dan anak sendiri- bagaimanakah perasaan saya, saya juga mungkin tidak dapat mengumpul RM 1 juta sepanjang hayat saya dengan pendapatan sekarang.

Jika dijual semua harta benda dan pusaka juga angka ini tidak mungkin dapat dikumpul.

Jadi saya juga mencabar diri untuk membantu seboleh mampu. Bukan membantu dari RM 1juta kerana saya juga tidak berkemampuan. Saya bantu mencari donor yang mampu untuk memberi sejumlah duit. Alhamdullilah hari ini ada beberapa orang usahawan yang terpanggil untuk memberi sejumlah wang untuk diberikan kepada Adra.

Lebih melegakan apabila persatuan usahawan ini mensasarkan RM500 ribu untuk Adra. Jika ini boleh terialisai, alangkah bagusnya Ya Allah, Saya berpegang kepada tagline ini- jika kita bantu , Insyallah akan ada jalan. 

Seperti harapan ayah dan ibu Adra, saya juga mahu Adra segera dibedah dan sihat seperti baby yang ada.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s