KPI


Minggu lalu, saya berkesempatan hadir ke majlis Anugerah Dokumentari Malaysia kali ke -4.

Selepas ada baby ini, saya akui sukar mencari masa lapang atau lompang untuk hadir ke majlis-majlis rasmi. Namun saya perlu juga membuat perancangan yang baik untuk aktiviti luar saya yang punya kaitan dengan karier.  Saya perlu ada masa lapang. Saya tidak boleh menjadikan alasan kerana mempunyai anak kecil dan semuanya  terbatas.

Saya sebenarnya mahu melihat apa rakan sepadang bermain. Apa permainan mereka? Apa pekara baru? dan apakah yang sedang berlaku di dalam padang.

Saya hadir dengan beberapa orang rakan sekerja. Pada pandangan saya, mereka juga mempunyai cita-cita besar untuk menjadi atau dikenali dikalangan pemain-pemain lain. Tidak mahu terkebelakang dan kelihatan pasif ketika berada di dalam padang. Dengan itu kami bersatu hati untuk pergi melihat pencalonan akhir pada malam itu.

Dari kiri Azmir, Fitri, Nora dan saya ler

Dari kiri Azmir, Fitri, Nora dan saya ler

Setelah melihat beberapa pencalonan terakhir itu, saya yakin tidak semudah 1,2,3 proses menyelesaikan setiap tajuk yang disenaraikan. Untuk anugerah dokumentari terbaik diberi kepada company Novista dengan tajuk dokumentarinya  Rising Sun Over Malaya. Saya find out syarikat ini mempunyai track record menerbitkan dokumentari dengan baik. Mereka pernah menerbitkan dokumentari mengenai Smart Tunnel. Hebatkan. Dan semua title dokumentarinya pernah bersiaran di History Channel. Berbalik kepada senarai akhir pencalonan ada satu tajuk yang sangat sering kali saya terbitkan suatu masa dahulu.

Bersama penerbit @ pemenang dokumentari terbaik. HARUN RAHMAN.

Bersama penerbit @ pemenang dokumentari terbaik. HARUN RAHMAN.

Dan tajuknya iala Ida’s choice yang diterbitkan di dalam sebuah program yang dinamakan WITNESS. Cerita mengenai minah rempit yang disiarkan di Aljazeera channel. Jalan cerita biasa namun punya sudut padangan dan penyusunan cerita yang baik. Dalam hati berkata, tajuk begini pun terpilih???? hurmmm… bagaimana mahu melahirkan sebuah karya yang tajuknya biasa tetapi end productnya luar biasa??? terfikir saya sepanjang jalan.

Saya akui, sejak berada di dalam padang ini, tidak banyak pekara yang diingati dan direcognize. Pencapaian di dalam company mahupun dalam diri kadangkala dilihat di dalam skala 2. hehehe. Itu KPI saya. Terukkan?

Saya masih berbangga ketika bekerja di dalam sebuah company produksi suatu ketika dulu. Lincah dan bersemangat. Walaupun kadang kala tersyok sendiri dengan episod yang dihasilkan. Namun mengajar saya erti apa itu production dan menerbitkan sebuah episod yang ‘mahu ditonton oleh orang luar’. Untuk terus bermain dipadang tahun hadapan saya letakkan diri saya kepada beberapa KPI sendiri. Kadang jeles dengan pencapaian rakan sekerja yang lain. Yang sudah naik pangkat. Sedang saya masih berada ditakuk yang lama. Teruk sangat ker saya nie? let it belaaaa…

Antara pencapaian peribadi yang perlu saya usaha dan jayakan pula ialah.. memiliki MASTER. Pekara ini sedang saya usahakan. Dan insyallah semuanya akan berjalan seperti biasa. KPI paling tinggi ialah mendapat gelaran DR. Gitu…… hebat tak? impian perlu setinggi Gunung Himalaya.

At least tidak mendapat Dr scientific.. saya memiliki DR falsafah…

Tetapi tidak semudah itu, banyak lagi pekara yang perlu saya lalui untuk mengapai cita-cita setinggi awan itu.

Dan dalam masa terdekat ini, saya punya perancangan untuk menerbitkan sebuah episod mengenai KEHILANGAN. Saya sedang dalam menyiapkan rangka ceritanya. Research dan terus berfikir bagaimana hendak menjadikan episod ini hebat sehebat episod yang menang anugeran itu…

hehehe..

k bye …

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s