Padang dan Jambatan Siti Nurbaya.


 

 

Padang sinonim dengan kerbau

Padang sinonim dengan kerbau

Minggu lalu saya ke Padang atas urusan kerja. Kata orang menyelam sambil minum air. Tapi tak boleh minum air sehingga kenyang nanti kembong. Jadi saya sip sip aja minum.

Saya ke Padang untuk merakamkan satu episod di dalam program Majalah Islam. Projek revisit mangsa gempa  5 tahun lalu dan melihat usaha NGO MRA dalam membantu masyarakat Islam membina rumah. Rumah yang diberi nama Rumah Syukur.

Perjalanan menjelajah tanah Padang selama 6 hari, satu pengalaman yang cukup manis. Kerana saya suka dengan budaya, bahasa, kecintaan kepada agama dan budi bahasa orang Padang. Saya sebenarnya tidak pernah terfikir ingin ke Padang. Kerana bagi saya jika mahu melihat adat orang Minang pergi sahaja ke Negeri Sembilan. Mereka keturunan dari sana. Rupanya pemahaman saya ini salah. Padang menjanjikan seribu kemanisan. Wah macam tajuk lagu Siti Nurhaliza plak.

Back to the story.

Ada beberapa pekara menarik mengenai masyarakat Minangkabau ini. Antaranya:

Hidangan makanan yang sangat mewah. Tapi harganya berpatutan. Dan paling penting murah. Kesannya kawan saya menegur bahawasanya saya kelihatan berisi. * selepas cuti bersalin saya sangat kurus dan mahu mengekalkan berat ini namun nampaknya tidakk! 

Image

Bersama rakan sekerja. Kegilaan terhadap kasut korea, menyebabkan dia mampu memanjat bukit dan kependalaman kg untuk bekerja. Hebat kawan saya ini. Zatul Munawarah nama diberi.Hahahaha.

Image

Orang Padang yang baik. Seperti Pak Darianto ini. Pak Yan. Cekap dengan kawasan pendalaman Padang khusus kawasan Pariaman, Sumatera Barat. Sentiasa boleh aja dalam segala hal. 

Image

Istana Pagarruyung yang sangat menarik. Dan khidmat sewaan baju adat untuk pelancong yang mahu bergambar untuk kenangan. Harga sewa untuk satu baju RM20.

Image 

Image

Sebuah jambatan diberi nama Siti Nurbaya. Jambatan ini sebagai ingatan kepada kisah percintaan dan aniaya yang dilakukan ke atas Siti Nurbaya… Menarik jambatan ini kerana saya seperti berada diBosnia sebab rumah-rumah dibina ditepi-tepi bukit. Sempat berfoto dijambatan ini namun fotonya di dalam PC plak! 

Image

nak tahu pasal sejarah cinta Siti Nurbaya sila ke sini .http://atriza.blogspot.com/2009/11/siti-nurbaya-sumatera.html.

Lastly walau ke mana kaki melangkah, ke tempat paling indah. Indah lagi memandang wajah anak saya. Perasaan rindu yang amat sangat dengan Yona menjadi cabaran paling besar.

K bye!

One thought on “Padang dan Jambatan Siti Nurbaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s