Nampak tak. Tajuk write up, ala- ala ibu gitu.
Teruja pun ada nak jadi ibu. Namun teruja itu semakin bertukar menjadi perasaan takut.
Sebab dalam tempoh 2-3 minggu saya mungkin akan deliver.
Si kecil ini, semakin hari semakin kuat tendangan dia. Berombak-rombak perut saya dibuatnya. Melihat keajaiban yang dicipta Allah SWT. Allahuakbar!
Dari setipis perut saya, sehinggalah membulat dan membesar dengan kehadiran sekecil membuatkan saya tunduk dan syukur dengan amanah yang diberikan oleh Allah SWT.
Dua minggu lalu saya diadmitkan diPPUM. Gara-gara saya cemas apabila melihat ada air mengalir dari bawah. Saya ingatkan air ketuban sudah pecah sikit -sikit. Saya ini sangat sensitif dengan badan saya. Sedikit perubahan mampu memberikan saya rasa tidak tenang yang amat.
Sebelum diadmitkan, saya sendirian dirumah. Melihat air yang turun menitik-nitik saya menjadi cemas. Namun setelah browsing dan nasihat dari mother in law yang seorang bekas SISTER dan berpengalaman luas dalam bidang nursing ini dia nasihatkan bahawa jika berterusan dan terasa sakit terus ke hospital.
Namun malam itu, saya tidak berasa sakit dan membiarkan sahaja keadaaan ini. Dan keesokkan harinya, air yang menitis ini turun lagi. Mengikut nasihat MIL perlu ke hospital takut akan ada infection dan air ketuban kurang.
Jadi saya ke PPUM dengan niat hanya untuk mendapatkan rawatan pesakit luar.Namun saya ditahan kerana mungkin nurse disitu takut dengan kata-kata saya.
Kata saya, ” saya rasa saya leakingla, ada cecair turun dan saya masih belum cukup bulan untuk melahirkan,” dengan nada cemas.
Nurse mengerutkan kening dan dia mendapatkan pandangan dr tentang kes saya. Dan saya dengan segera diberikan baju pink untuk diadmitkan. Dan terkejutla saya dengan situasi ini. Saya dimasukkan ke wad kecemasan bersalin. Ketika itu saya melihat ramai ibu-ibu sedang menanti untuk bersalin dan menahan kesakitan. Dalam hati kata, teruknya muka dan keadaan mereka.
Dan saya hanya berbaring dan menanti apa rawatan yang akan diberikan kepada saya. Sementara itu suami saya ke kaunter pendaftaran. Ketika itu saya sendirian. Saya dipasangkan CTG untuk melihat jika ada kontraksi dan degupan jantung baby. Dalam hati berkata begini mungkin keadaannya jika hendak bersalin nanti.
Mungkin saya ini sensitif dengan persekitaran. Saya dipasang CTG dan bunyi yang keluar dari mesin CTG sangat psikokan saya. Sehingga saya meneliti dimana volume untuk menurunkan bunyi mesin itu. Tetapi tiada. Hampeh.
Saya trganggu dengan bunyi yang keluar dari CTG itu, namun kebaikannya tidak boleh dipertikai. Selepas beberapa jam, saya dipindahkan ke wad bersalin biasa. Sebelum dipindahkan saya telah melalui beberapa proses. Antaranya dr telah menyeluk saya. Bukan seluk poket ya! ngeri gak. Tapi saya hadapi dengan tenang dan nasihat saya jangan keraskan badan ketika pemeriksaan dibuat.
Namun dari apa yang saya tahu, proses seluk ini akan sakit jika contraction berlaku. Mungkin saya tidak berasa sakit kerana saya belum mahu bersalin dan tidak ada contraction.. Di wad tingkat 5 itu, saya bertemu dengan ibu-ibu yang menghadapi pelbagai ujian untuk melahirkan.
Ada yang demam, ada yang urin turun dan berdarah-darah, ada yang sudah diinduce sebanyak 3 kali dan bukaan masih 3cm dan paling gerun apabila ada ibu yang melahirkan baby yang tidak cukup bulan dan meninggal dunia di dalam wad.
Dan al kisahnya saya melalui satu malam yang penuh dengan pelbagai cerita ibu hamil. Dan esoknya saya keluar dari PPUM kerana hanya masalah keputihan yang agak teruk. Dan saya hanya diberi ubat antibiotik dan penyakit heartburn saya yang agak teruk.
Dan tammat kisah dihospital. Dan kini saya telah menukar keputusan untuk melahirkan si kecil ini di PPUM sahaja kerana saya sudah ada rekod disini. Suppost mahu melahirkan di Melaka namun rasanya tidak perlu. Saya juga bimbang jika lambat bersalin dan saya sudah bercuti. Rugila wey.
Jadi saya meniti hari-hari berat di KL sahaja.
# Semalam nonton One Born Every Minute in UK,menitis air mata melihat bagaimana ibu hamil melahirkan bby. Menitis sebab kesusahan dan kesakitan yang dihadapi. Semoga saya dipermudahkan kelahiran ini.
Dan ketika ini kaki dan tangan sudah membengkak. Rasa kebas-kebas aja lepas bangun tidur.