Talasemia Alpha


Hari ini minggu ke 31 ( bulan ke -8 ), saya membawa amanah dari Allah SWT.

Ke sana ke sini… membawa si kecil yang semakin memberat hari ke hari…

Dengan tidur yang tidak lena sepanjang malam. Saya pastinya akan terjaga setiap jam 3am – dan akan terlelap pada 6 am…

Saya akan terkebil-kebil di dalam gelap mengenang diri yang mungkinkah kuat untuk menempuh hari-hari sukar bila tiba masanya itu nanti.

Hari ini Ahad. Saya ke ofis kerana suami saya bekerja hingga lewat malam. Dan saya akan keseorangan pada waktu siang dan lewat malam sehingga 20 hari. Si suami sibuk dengan pengambarannya..Namun nasib baik hanya di Kuala Lumpur sahaja.

Jadi hendak membuang rasa bosan saya ambil keputusan ke ofis untuk mengedit story Joyah. Apa yang pelik sebentar tadi ialah dada saya sesak.Susah nak tarik nafas.Dan kemudian si kecik menendang-nendang dengan kuat.

Mungkinkah dia tidak cukup oksigen?

Ini bukan kali pertama saya sebegini. Saya sudah gelap mata 2 minggu lalu diOU dan jatuh melutut. Gara-gara sesak nafas dan muntah di hadapan orang ramai. Kejadian ini benar-benar menakutkan saya. Kerana saya tidak pernah jadi semacam itu. Dan saya tahu body saya sihat sebelum ini walaupun doc sudah memberitahu saya ada penyakit Alpha Talasemia.

Selepas mendapat makluman mengenai penyakit ini, saya terus browse dan membuat kajian sendiri mengenai penyakit ini. Penyakit ini adalah kecacatan pada kromosom dan sel darah merah mengangkut oksigen dalam jumlah yang sedikit.  Walaupun menemu jawapan penyakit ini hanya akan menampakkan saya lesu dan tidak bermaya dan tidak kronik. Namun bagi saya penyakit tetap penyakit.

Dan doc memaklumkan tiada apa akan berlaku ketika deliver nanti- cuma paling teruk tumpah darah. Dan darah akan distandbykan apabila tiba masanya.  Dalam sejarah kesihatan keluarga saya, rasanya tidak ada seorang kakak saya pun yang mengidap penyakit ini bila dimaklumkan mengandung. Mereka hanya ada HB yang rendah.

Namun bagi saya mungkin kakak-kakak saya ini tidak ke specialize jadi mereka pun tidak ambik pot pekara ini. Saya yang lebih concern mengenai kesihatan ini habis semua ujian mahu dibuatnya. Pasal itu tahu penyakit apa. Apa dimaklumkan kepada ahli keluarga semua bagai tidak percaya. Mereka kata tidak ada sejarah keluarga yang sebegini.

Dan nasib baik saya buat ujian talasemia ini kerana saya akan memaklumkan kepada si kecil ini kerana dia kemungkinan akan menjadi pembawa dan tidak boleh bernikah dengan pembawa juga. Kerana jika ini terjadi anak mereka iaini cicit saya juga akan menghidap Talasemia beta. Teruk kena tukar darah setiap 3 bulan dan lifespan tidak panjang.

Tu dia...

Tu dia…

Kedengaran sememangnya menakutkan. Namun ini kenyataan yang perlu dielak. Iya saya ada sakit. Sakit talasemia Alpha.

Cabaran betul saya ini.

Namun dalam kepayahan saya berserah pada tuhan.

Kerana dia lebih mengetahui.

Doa saya agar semuanya baik2 belaka!

Amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s