Pengalaman Mengandung Minggu ke -24


Alhamdullilah minggu ini, minggu ke – 24 kehamilan saya.

Perasaan? Tentulah bersyukur dan gembira. Kerana saya sudah melepasi 1 trimester yang sangat menyesakkan. Morning sickness yang bagi saya bukan morning sahaja tetapi sepanjang masa membawa saya sehingga bulan ke 5 kehamilan.

Sesak saya dibuatnya. Dimana-mana sahaja tidak selesa. Bila bising saya tidak suka, bila di dalam meeting saya akan rasa mual apabila boss bercakap telalu lama, saya sering ke tandas untuk munt***. Juga saya akan sentiasa rasa lemah. Lagi teruk apabila mabuk kenderaaan. Semua tidak mengena. Kerap kali saya bertanya kepada mak, bilakah saya akan baik.

Rupanya mak mengalami morning sickness yang teruk ketika mengandungkan saya. Katanya sehingga bulan ke -5 baru semuanya reda. Dan rupa-rupanya saya juga mengikut     sejarah mak. Hingga bulan ke -5 semuanya hilang.Apabila buat montly check up, HB saya sangat rendah iaitu 8.5. Normal HB ialah 12 ke atas. Saya dianalisis mengalami anemia. Oksigen di dalam darah tidak cukup. Dan saya telah diambil darah untuk kali ke dua baru -baru ini kerana suspek Thalasemia. Tapi rasanya sejarah keluarga saya tidak ada penyakit ini.

Jika HB tidak naik sehingga hendak bersalin, risikonya ialah saya akan kemungkinan tumpah darah dan kematian. Takutkan. Saya lagi takutlaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…. Harap-harapnya HB saya ni akan menaik untuk bulan seterusnya.

Sekarang saya mengambil vita-lea Shaklee, sebab semua pil doktor bagi iberet obimin, obimin plus semuanya tidak boleh telan. Saya akan muntah walaupun makan ketika mahu tidur. Semuanya serba tidak kena.

26 April ini saya akan daftar bersalin di Melaka. Saya sudah meniti hari-hari hendak melahirkan. Im gonna be a mom. Perasaan tidak tahulah hendak describe apa. Gembira bercampur takut. SERIUS takut. Sebab kerajinan saya explore pengalaman wanita bersalin yang lain dan melihat youtube proses kelahiran. Dapatkah saya melaluinya. Namun saya kuatkan hati, bila Kak Lin juga telah melaluinya begitu juga dengan Fiha yang sudah masuk anak ke-2. Kalau mereka boleh tidak mungkin saya tidak boleh.

Saya kuatkan hati juga. Dan paling menggembirakan saya. Jantina anak ini sudah saya ketahui. Hehehe.. tapi biarlah rahsia… pada masa ini dan masa depan saya serahkan kepada tuhan. Saya usaha yang terbaik untuk menjaga dan melindungi anak kecil ini nanti.

Tentunya kehidupan dan jam harian saya akan berubah. Saya akan bangun pagi,subuh bagai semua untuk memenuhi kehendak si kecil Jika sekarang saya masih lagi bangun lewat apabila hujung minggu. Rasanya lepas ini tidak ada lewat bangun pada hujung minggu. Hehehe.

Namun dalam meniti hari menuju ke -3 trimester , saya kena menjaga mood saya. Agar tidak stress dengan kerja dan kehidupan.

Hep hep hoooray.

Image

( Itu dia preggy woman – 24 week!)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s