Sejak dua menjak ini, saya sangat suka lagu-lagu Opick. Sebenarnya terkesan dengan lirik – Denganmu Aku Hidup. Pulang dari makan malam bersama rakan sekerja dan mendapat berita tidak gembira.
Lagu ini terus keluar dicorong radio, kereta rakan saya ini. Sungguh terkesan dengan lirik, suara, dan melodi lagu ini.
Dan lagu ini juga sering berlagu di dalam hati dan kepala saya. Jika langkah saya berat untuk mengerjakan solat, saya akan segera untuk memasang lagu ini dicorong telinga saya. Antara lirik yang saya suka ialah : Denganmu Aku Hidup, Denganmu Aku Mati, Hanyalah Padamu Hidupkan Dijalani.
Engkau Allah Yang Maha Mendengar, Engkau Allah Yang Maha Penyanyang, Engkau Yang Mengampuni, Engkau Yang Memaafkan, Engkau Allah.
Hebat lagu ini bagi saya!
Ada ‘roh’ lagu ini. Tapi ianya mungkin terjadi pada saya sahaja.
Dan berbalik kepada penyanyi lagu ini, saya pernah menemuramah mengenai keistimewaan lagu yang dibawa. Bekas penyanyi rock dan sangat popular dengan lagu Tombo Ati, saya perhatikan sangat menjiwai lagu-lagu dia.
Ketika saya menemuramah dia, dirumah banglonya- dia sedang sibuk menyiapkan album terbaru. Dia melagukan lirik-lirik dengan penuh bersemangat.
Sungguh saya tidak pernah jumpa penyanyi yang sangat menjiwai liriknya.
Dan saya sungguh bertuah kerana pernah berjumpa dengan Opick dan melihat cara bekerjanya.
Setelah setahun berlalu saya mula melihat lirik-lirik yang ditulisnya. Nyata bahasa yang diguna sangat halus dan penuh makna.
Dan yang penting kena dengan hati saya.