Ada yang mengatakan PRU kali ini paling getir. Getir kerana pelbagai kemungkinan akan berlaku. Saya punya rakan di MobTV, katanya PKR aiming Wilayah Persekutuan dan mungkin akan jatuh ke PKR.
Dan paling menarik kali ini rasanya – apabila papagomo akan bertanding sebagai calon bebas menentang Ketua Pembangkang : Anuar Ibrahim. Saksikanlaaaaaaaaaaaaaaaa( dengan nada Iwan dangdut yang lalu) pelbagai updates vid Anuar di blog dan sesi cabar mencabar itu. Tak sabar menanti.
Bagi saya – rakyat tentunya pandai memilih. Spekulasi dan sebarang jangkaan kemungkinan juga mungkin salah.
Ada rakan mengatakan mengapa tidak diberi peluang kepada parti lain untuk membina kemajuan, yang ada sudah terlalu lama. Bagi saya bagaimana mahu memilih kalau yang baru kelihatan fasik dan kadang kala tidak menyakinkan.
Beberapa hari selepas Parlimen dibubarkan, pelbagai pekara yang juga berlaku pada saya.
Saya diberi tanggungjawab untuk kerja-kerja menerbitkan cross over dari PWTC. Ini pengalaman pertama saya. Saya bukan orang berita. Saya orang magazine. Namun saya juga pernah berada dibawah satu jabatan iaitu Jabatan Berita dan Hal Ehwal Semasa ketika bekerja di NTV 7 pada 2003. Jadi pengalaman inilah yang akan saya guna untuk mencabar dan mencakar minda sendiri.
Selain itu, beberapa hari selepas bubarnya Parlimen, saya diberikan tugasan untuk membantu beberapa orang tokoh yang akan dicalonkan untuk PRU kali ini. Tugasannya mudah. Tapi bagi saya tugasan yang mudah ini pastinya mempengaruhi pandangan si pengundi kepada si pencalon. Saya diberi tugasan untuk memikirkan pose terbaik untuk poster pilihanraya. Kelakar juga bila difikirkan semula. Bila seorang tercalon sms saya- minta advise pose terbaik dan baju apa yang mahu dipakai sesuai dengan tema. Tergelak saya membaca sms ini ketika sedang memandu. Sehingga suami disebelah bertanya mengapa saya ketika keadaan jammed yang sangat sesak. Satu sms yang make my day!
Tinggalkan joke itu. Mengikut undang-undang pilihanraya, pilihanraya umum mesti diadakan selepas bubarnya parlimen dalam tempoh 60 hari. Namun ada yang berseloroh dan berkokok mengatakan sekarang sudah tidak ada kerajaan dan sudah tidak ada Perdana Menteri.
Yang berseloroh dan berkokok ini bagi saya bagai orang yang tidak bertamadun. Dan kita tidak mengamalkan konsep caretaker government seperti yang dilakukan di Australia dan New Zealand yang melantik kakitangan kerajan sebagai penjaga sementara kerajaan.
Dalam memahami konsep bubarnya parlimen ini – kita harus faham bahawa fungsi kerajaan mentadbir negara tetap dijalankan tetapi tidak sebagai ahli Dewan Rakyat apabila fungsi di dalam Parlimen tidak ada lagi dan perundangan tidak boleh dibuat.
Dalam memahami konsep yang diguna pakai, saya memikirkan apakah konsep demokrasi tulen yang diperjuangkan oleh mereka yang berkokok mahukan pembaharuan.
Namun, sebagai rakyat biasa yang merasa bahang pilihanraya , apabila pulang dari kerja ditengah malam melihat kibaran pelbagai bendera, dan melihat anak muda memanjat tangga meletak bendera- hati terdetik, apakah perjuangan sebenar pemimpin-pemimpin yang akan dicalokan. Sudahkah mereka bersedia disoal diakhirat mengenai tanggungjawab dan segala bagai masalah kemungkinan akan berlaku pada rakyat.
Bukan mudah menjadi ketua. Menjadi ketua harus bermula dengan menjadi ketua keluarga baik.