Mencari Yang Hakiki


Insyallah.

27 Feb sehinggalah 12 Mac, saya, suami dan mak akan ke Tanah Suci.

Perasaan? Setiap hari saya menghitung dosa yang telah saya lakukan, dari sekecil hinggalah sebesarnya.

Saya melihat ke belakang. Betapa berdosanya saya ini. Betapa saya ini tidak melihat ‘DIA’ yang mencipta saya dan sekelian alam akan dengan lebih dekat.

Saya sombong. Saya seakan tidak takut dengan dosa dan balasan yang akan diberikan kerana pelbagai pekara wajib yang saya ingkar.

Saya selalu melakukan pelbagai dosa – yang saya halalkan caranya.

Astagfirullahalazim.Lagi dua minggu saya akan ke Makam baginda Rasullah. Saya masih ingati antara doa saya kirimkan kepada rakan-rakan yang diberi amanah menjalankan tanggungjawab ketika musim haji. Tentunya doa ke tiga atau ke empat adalah ingin menziarahi makam baginda Rasullah.

Saya mahu melihat dengan lebih dekat makan baginda Rasullah.Saya mahu memberi salam dan mahu memejam mata dan merasai Rasullah menjawab salam saya itu ( jika salah ampunkan saya pekara ini).

Saya mahu bertemu dengan kekasih Allah ini. Saya mahu bertemu dengan baginda Rasullah, yang namanya sudah terukir ditiang-tiang syurga dan dilihat namanya oleh Nabi Adam.

Saya mahu melihat Kaabah dengan lebih dekat.

Saya mahu jejak dan merasa tanah haram dan langkah-langkah Nabi Muhammad, Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim disana.

Saya mahu berlari-lari anak – seperti Mariam mencari air untuk anaknya.

Saya mahu berdoa di Raudhah.

Saya mahu berdoa di Mukhtazam.

Saya mahu merasa kepanasan matahari di Mekah dan Madinah.

Saya ingin mencium Hajaratul Aswad.

Dan tentunya saya ingin menunaikan hajat emak untuk menjejakkan kaki ke tanah suci sebelum dia pergi. ( sedihkan!)

Namun dalam pelbagai mahu itu, saya memandang pada diri sendiri.

Melihat betapa ‘kotornya’ diri ini untuk ke tempat suci dan pergi berziarah ke makam baginda rasullah.

Pakaian saya ini kotor. Dan bekalan yang saya bawa tidaklah sehebat mana. Saya tidak pernah bangun solat dan sujud ditengah malam, Saya juga jarang bersolat jemaah. Saya juga jarang bersedekah. Adakalanya saya langsung tidak berselawat ke atas Nabi.

Jiwa saya sering berkata, adakah doa dan kedatangan saya ini akan diterima dan saya akan berjaya melakukan ibadah umrah dengan sempurna.

Dan dalam saya persoalkan diri sendiri. Saya juga sering bercakap-cakap kecil dengan si kecil ini.

Saya pesan kepadanya janganlan kamu wahai anak tidak selesa dengan perjalanan mummy nanti. Mummy nanti akan sentiasa bergerak dan mungkin akan kurang tidur.

Mummy juga akan berjalan agak jauh.

Mummy juga akan memerhatikan nenek dan menjaga nenek, jadi kamu baik-baik ajalah.

Mummy sebenarnya ketika ini tidak berapa sihat. Dan berdoa agar diberikan kesihatan yang baik untuk pergi dan pulang.

Mummy harapkan segala pening, segala rasa tidak mahu makan, segala rasa mual, segala rasa tidak selesa ketika orang ramai… akan hilang ketika mummy sudah bersiap sedia dengan beg untuk ke lapangan terbang.

Semoga apa yang dirancang akan berjalan dengan baik.

Sesungguhnya saya berserah dan berdoa agar kesihatan mak dan suami saya juga baik.

Amin….

One thought on “Mencari Yang Hakiki

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s