Pelik Tapi Menarik


Saya sudah minggu yang ke – 8 dan meniti hari -hari untuk masuk minggu ke -9 kehamilan. 🙂

Meniti hari -hari bergelar ibu hamil bukanlah pekara mudah. Itulah sebabnya kita ini perlu menyayangi ibu kita dan jangan cuba terlintas membenci mahupun menidakkan segala apa kata ibu. Dan kita kena slalu ingat SYURGA dibawah telapak kaki ibu.

Kerana jasa ibu itu sangat besar dalam mengandungkan kita selama 9 bulan. Bagi saya yang sedang meniti hari-hari yang dirasakan semakin lemah ( tapi saya kuatkan semangat juga!) kerana pekara muntah, tidak senang dengan pelbagai macam bau-bauan, juga kadang kala sensitif ataupun kadang kala tidak suka berbual dengan sesetengah orang. Dan pekara yang paling saya sedari, saya lebih suka mendiam diri dari bercakap.

Sehinggalah minggu lalu, saya pulang ke kampung, bila berbual dengan kakak saya, anak buah saya sedar- saya hanya diam dan mendengar pekara yang dibangkitkan berbanding sebelum ini saya sangat banyak cakap kalau pulang ke kampung.

Saya sedar – pekara ini ketika meniti minggu ke -7 hingga minggu ke-8. Saya sudah pandai memilih makanan apa yang sedap dan kena pada tekak, dan saya sudah mula untuk selalu katakan .. eeeeeee apa entah dan tak suka… pekara ini juga ditegur oleh kawan rapat saya aka Nora. Kata dia – ‘ aku rasa kau tak perasaan, kau mula kata eeeeeeeeeeeeee tak suka ‘. Tu dia.

Saya personally cuba mengelak untuk tidak banyak kerenah ketika hamil. Saya akan kuat hati dan perasaan untuk set up mind untuk tidak muntah, tidak selalu rasa tidak selesa kerana mahu untuk kelihatan biasa-biasa aja. Namun kadang kala saya tewas dengan kehendak dan perubahan hormon pada badan ini. Dan akhirnya setiap hari bakul sampah akan berada dikaki saya untuk emergency ( termuntah). Saya sudah tidak segan untuk termuntah ketika editor sedang kusyuk mengedit. Kadang saya perasan juga muka editor berkerut tengok saya tunduk dan bila bangun mata berair kerana kejadian itu. Apa entah dalam fikiran dia tuuu.

Sekarang ini, saya juga ada teman setia – iaitu plastik beg. Iya dimana-mana sahaja benda ini saya akan bawa. Dalam kereta ker… dalam beg ker… semua ada. Ini untuk mengelakkan saya termuntah dibaju sendiri. Perghhhhh…

Pekara paling pelik – saya kurang muntah apabila berada dirumah mak. Mungkin saya selesa kerana disitu saya membesar dan tentunya hanya mak memahami anaknya. Saya diberi makan tepat pada masa dan dilayan bagaikan puteri. Cakap apa sahaja apa yang mahu dimakan.

‘ Kau tak rasa nak makan apa-apa, nak mak masak apa hari ini,’ kata mak Nan. Begitu mulia hati mak.  Saya rasa bagaikan tidak mahu pulang ke KL. Betullah hanya mak memahami anaknya. I luv u makkkkkk! Mak juga sanggup bangun dan ke dapur untuk buatkan saya lemping kelapa pada jam 11malam, kerana saya tidak lalu makan. Saya sangat terharu pekara ini. Sebab bila terdengar bunyi mesin parut kelapa buat saya rasa hendak menitis air mata. Saya kira mak – tidak sanggup untuk mendengar kata lapar oleh anaknya yang degil ini suatu masa dulu untuk terus tidur dengan perut kosong.

Doa saya semoga anak di dalam kandungan ini akan sayangkan neneknya juga.  Sekeping lempeng kelapa untuk mu yang sedang membesar. Kena ingat pekara ini ya darling. Plssss.. kasih nenek itu tiada tolok bandingnya.

Dan saya juga perasan pekara pelik…. apabila saya suka mendengar lagu hindustan.. dan menonton klip vid yang ada Shah Rukh Khan.. apa kenalah engko ini Ina. Serius saya rasa nyaman aja… dari saya menoleh ke belakang melihat haruk pikuk rakan saya yang melawak dan ataupun melawak.

Apa pun saya kena positif dalam setiap pekara dalam waktu ini. Saya tidak boleh merungut dan kerana saya sedar di dalam kesukaran pasti adanya ganjaran.

Insyallah.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s