ARTIKEL SAYA DI MINGGUAN… TQ BOSS SEBAB EDITKAN UTK KELUAR PAPER


Oleh Syafinah Othman, Penerbit Majalah Islam TV Al Hijrah yang melawat Syria baru-baru ini.

19 bulan perang saudara meletus di Syria, dan angka korban di keluarkan pemerhati antarabangsa menganggarkan lebih 30 ribu nyawa terkorban. Kebanyakkan orang awam yang terperangkap dalam pertempuran antara tentera kerajaan dan pejuang pembebasan.

Antara Bandar paling teruk dilanda krisis bersenjata ini ialah Homs, Dara,Damsyik dan juga Azaz. Pertempuran di keempat-empat bandar ini mampu meragut antara 200 nyawa ke 300 nyawa sehari. Apatah lagi ia membabitkan pertempuran senjata berat termasuk serangan bom melalui artileri dan jet pejuang.

‘’27 Ramadan lalu, tentera Syria menggempur Azaz,  40 ribu yang mati dan  lebih daripada 60 ribu orang terpaksa lari meninggalkan tempat ini. Sekarang bandar ini dikuasai tentera Pembebasan, namun kami terputus bantuan dari dunia luar,” kata Mohammad Noor,  wartawan yang menubuhkan unit media bebas di Azaz bagi menyalurkan maklumat kepada dunia luar. 

Perjalanan kru Majalah Islam TV Al Hijrah ke garisan tempur di bandar kecil Azaz, wilayah Aleppo, Syria dengan Antakia, Turki. Sukar untuk memasuki Syria melalui pintu sempadan rasmi, justeru kami memilih untuk menyusup dari sempadan Turki dengan kerjasama Gabungan Selamatkan Syria.

Tiba di sempadan paling selatan Turki iaitu Killis, kami menunggu selama 2 hari untuk mendapatkan lampu hijau untuk masuk ke Azaz dengan kerjasama dan kebenaran Tentera Pembebasan Syria.

“Jaga-jaga, apabila bersama kami, anda boleh ditembak kerana dianggap musuh kerajaan,” kata   Ahmed Zakaria  salah seorang tentera pembebasan yang menjaga sempadan Syria –Turki.

Kami lima warga Malaysia ( tiga petugas TV Al Hijrah dan tiga  aktivis GSS) berjalan kaki menyeberang sempadan pada pukul 10 pagi melalui sebuah jalan yang dibina khas untuk pelarian keluar masuk dari pintu  Ma’bar Bab As Salaam

Syria –Turki . Perjalanan 5 kilometer ini memakan masa hampir dua jam. Sangat mendebarkan kerana laluan ini mendedahkan kami pada serangan artileri atau pengeboman udara.

“kalau anda bertemu mana-mana kenderaan di jalanan, jangan tumpang dan jangan percayakan sesiapa pun, kerana kita tidak tahu siapa kawan dan siapa musuh dalam suasana perang begini,” nasihat Dr. Salam Salameh , aktivis kemanusiaan warga Turki yang membantu kami sebagai perantara rundingan dengan Pejuang Pembebasan Syria.

Tiba di Azaz, kami singgah di kem sementara pelarian perang yang menempatkan 5 ribu mangsa perang Syria. Bangunan kem ini dibangunkan pejuang Syria seperti sebuah gudang besar, menempatkan semua pelarian dalam satu bangunan.

Pelbagai wajah berada dalam kem ini. Kami terkedu melihat ibu muda yang baru bersalin, kanak-kanak kecil yang kurus dan selekeh, wajah warga tua yang murung dan kusut serta gambaran kekurangan makanan dan bekalan perubatan.

“Sekarang kami masih boleh bertahan walaupun kurang makan dan tiada ubat, tetapi November ini keadaan akan jadi teruk bila dating musim sejuk. Kami kekurangan pakaian tebal, bahan bakar dan selimut,” kata Ahmed Salleh, pelarian Syria.

Kem ini antara petempatan 2.5 juta rakyat Syria yang terpaksa melarikan diri mencari perlindungan. Manakala 240 ribu yang lain berjaya melarikan diri ke Turki, Labenon dan Jordan.

Bandar Azaz yang terletak 30 kilometer dari Alepo dan bandar ini dibawah kuasa tentera pembebasan Syria. Perang menentang tentera kerajaan Syria dibandar Azaz berlaku sejak Mac 2012 dan akhirnya pada 16 Ogos bandar ini ditakluki sepenuhnya  oleh tentera pembebasan Syria. Ketika  pentempuran berlaku sebanyak 17 kereta kebal dimusnahkan dan tiga askar kerajaan Bassar terbunuh.

Kami bergerak di sekitar Azaz menyusuri  jalan-jalan dan bangunan yang musnah akibat perang, kerapkali ditemani oleh Unit Media Azzaz.

“Hati-hati bekerja… baru-baru ini dua wartawan kami mati ditembak penembak cuti,” Mohammad Noor mengingatkan kami yang agak ghalib merakamkan pelbagai visual.

Unit Media Azaz kini memliki 15 sukarelawan media, yang berjuang menyalurkan maklumat kepada masyarakat dunia mengenai perkembangan semasa, terutama krisis kemanusiaa akibat bencana perang saudara ini.

Menurut Mohammad, sejak ditubuhkan Januari lalu, sukarelawan media di berpusat di sempadan Turkey – Syria ini berusaha memaparkan nasib rakyat Syria yang menjadi korban dan mangsa serangan Tentera Syria akibat operasi yang diarahkan oleh Presiden Basyar  Al Assad.

“Selain merayu bantuan makanan dan keperluan asas, kami perlukan sokongan politik antarabangsa untuk menghentikan kekejaman ini,” katanya ketika menemani kami menyusur jalan-jalan dan bangunan yang musnah tanda baru dibom.

Di Azaz, pertempuran sengit berlaku mulai Mac lalu, menjadikan bandar yang didiam 60 ribu  penduduk kini senyap dan hanya dipenuhi bau belerang peluru. Sebelum ini, bandar pertanian ini mashyur dengan hasil buah zaitun.

Kini ladang zaitun yang mengelilingi bandar ini walaupun sudah tidak lagi dipetik hasilnya. Namun masih dekat dengan kehidupan penduduk Azaz terutama di malam hari.

“Kami takut dibom, rumah dan kem tidak selamat. Jadi banyak penduduk tidur dan bermalam di bawah pokok zaitun di kawasan ladang,” kata Aishah Abdullah, antara pelarian di kem sementara.

Selain ketakutan perang, derita pelarian diburukkan lagi oleh catuan makanan. Kesukaran membawac masuk makanan kerana kedudukan Azaz yang dikepung tentera Basyar menyebabkan bandar ini berdepan dengan pelbagai krisis.

Pelarian yang menumpang di kem ini hanya diberi makan dua kali sehari; itu pun hanya bubur gandum dan sedikit roti.

Perang mengubah langskap manusia Syria; kesempitan hidup menjadikan mereka sanggup berbuat apa saja. Jadi tidak hairanlah, tanpa malu-malu, wanita mereka kebanyakkannya ibu akan menghampiri anda dan meminta wang.

“Berilah saya sedikit wang, saya hidup sangat susah,” kata Raudhah Naseer.

Sebaik anda berikan wang, dalam sekelip mata, meluru ibu-ibu yang lain, memohon simpati. Wang yang diberikan bererti akan memberi mereka peluang untuk mendapatkan lebih makan atau selimut atau barangkali ubat, untuk diberikan kepada anak-anak atau ibu bapa yang sudah tua dan sakit.

Walaupun perjalanan ke Azaz hanya singkat berikut nasihat pihak Tentera Pembebasan agar kami segera keluar kerana kehadiran media asing akan menyebabkan Tentera Syria mungkin mengatur serangan agresif, kru Majalah Islam sempat merakamkan wajah-wajah derita serta suara-suara kepedihan, rakyat Syria yang dihimpit krisis perang saudara.

Ikuti laporan penuh episod Syria Masih Berdarah dalam Majalah Islam Jumaat 8.30 malam pada 13 Oktober ini.Image

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s