Laporan kemanusiaan dari Syria.


Petang tadi, bos saya telah mengadakan kelas penulisan skrip dan bagaimana menjadi wartawan yang baik.

Dalam banyak pekara yang diperkata, ada beberapa pekara yang masih kedengaran dikepala saya. Antaranya untuk menjadi penulis atau wartawan yang baik. Bukanlah mengambil masa satu hari atau satu malam sahaja.

Dan penerangan the new journalism, the new new journalism dan paling saya ingat ialah apabila seorang wartawan itu tidak ada motif untuk menulis maka dengan itu dia akan mengambil masa yang lama untuk menulis. Mencari paksi cerita. Dimana mahu memulakan cerita dan bagaimana cerita itu berkembang.

Saya ini sehingga ditegur oleh rakan kerana ketawa besar di dalam  kelas itu petang tadi.

Ini kerana boss ini memberi contoh apabila kita ke pasar malam, tidak ada motif mahu beli apa. Kita akan merayau melihat-lihat apa yang mahu dibeli. Tengok itu, tengok ini. Dan sehingga ke hujung pasar malam kita akan jengah. Lainlah jika ada motif dan sudah tahu apa yang hendak dibeli.

Dan worst case scenario dan motifnya sangat kuat ialah apabila kita sudah aim satu abang hensom dan terus beli dan kata abg saya beli satu burger dan terus cakap i love u… dan lari sekuat hati. Itu orang ada motif bila berbuat sesuatu. Contoh inilah yang saya ketawa dengan kuat.

Mungkin ada yang rasa tidak kelakar. Tapi hakikatnya, memang betul contohnya. Saya mengalami beberapa pengalaman apabila beberapa orang wartawan yang mengambil masa selama lebih daripada tiga hari untuk siapkan skrip yang durasinya hanya 12 minit.

Mungkin wartawan ini tidak ada motif. Hahahaha.

Habis kelas penulisan ini, saya segera melihat updates dari Syria. Dalam hati tertanya agaknya ada bom jatuh tak? Ker Bashar al- Assad sudah melarikan diri menyorok dari kena bom… hahahaaha…

Saya akan ke Syria esok. Berlepas dari KLIA pada pukul 12 tengah malam bersama dengan NGO Gabungan Selamatkan Syria. Dan tentunya saya akan menempuh hari-hari yang panjang di sana.

Saya tentunya akan berada dikem pelarian disempadan syria- turki. Merakamkan kehidupan pelarian Syria.

Sebelum itu saya akan transit di Turkey. Tentunya saya gembira kerana enam tahun lalu, saya ke Istanbul dan tidak ke Hagia Sophia. Dan ini yang paling mengecewakan kerana entah dari mana rakan krew ini tidak membawa kami ke sana kerana dia sudah beberapa kali ke Turkey dan dia kata tidak ada apa yang hendak di kejarkan ke sana.

Alhamdullilah. Hasrat untuk ke Hagia Sophia akan tercapai kerana selepas 9jam saya akan sampai ke Istabul. Ya Istanbul aku datang lagi.

Perasaan yang bercampur gembira dan agak gerun ini. Sedang bercampur gaul di dalam perut saya. Gerun apabila melihat jumlah rakyat Syria yang semakin ramai dibunuh dan gembira kerana saya akan ke Istanbul.

Doakan saya baik-baik. Dan pulang dengan laporan yang hebat. Kerana saya tidak mahu menjadi seorang wartawan tanpa motif dan philosophy. Ahaks.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s