Tika ini saya sedang menunggu suami saya mengambil saya untuk pulang ke rumah.
Dan jam hampir 8.40malam. Hurm.
Lewat saya pulang hari ini… selalunya saya pulang jam 7.
Sedang saya menunggu… saya tengok fb… saya bc blog… saya jengah kawan-kawan yang masih ada disini.
Berkongsi cerita harian dan mingguan. Baru sahaja saya melihat photo seorang rakan yang pulang dari Phuket. Mesra gitu mereka. Tentulahkan sebab suami dan isteri. Dulu bf dan gf.
Sedang saya membaca sebuah blog, saya terdengar perbualan rakan sekerja dengan pelanggannya. ( maybe MLM)
Ayat yang paling kelakar ialah ?
1) Berapa sukatan yang diambil?
2) Lain kali ambil setengah sukatan kalau rasa tidak sesuai dengan badan?
3) Minum air kosong banyak-banyak selepas ambil ubat ini…
4) Mungkin hendak sembuh sebab ada perubahan…
5) Lepas ini mesti ok punyer…
Saya sebenarnya hendak tergelak dengan kuat. Kerana dia persis seorang doktor yang sudah merawat beratus pesakit.
Namun yang saya tahu dia baru mencuba menjual produk dan masuk MLM.
Somemore dia nie PA aja. Orang boleh berubah menjadi doktor walau tidak ada sijil doktor rupanya.
Ahaks.