Tanda Kenangan Terakhir..


Hari ini hari terakhir saya bertugas sebelum cuti raya ler. Apo laie.

Ofis lengang… cuma ada dua tiga orang dan dua tiga orang juga editor membuat kerja-kerja akhir sebelum balik bercuti seminggu.

Yang kekadang haruk .. tu ialah tim Assalam- yang jaganya junior, jadi kalau da junior mestilah resultnya junior jugak. Tapi saya kagum dengan semangat adik-adik ini bekerja.

Ada yang sampai bengkak mata… ada yang tudung sudah senget.. ada yang tidur ofis.. dan toilet sudah ada banyak baju berhanger (ops).

Pada saya, ini proses belajar. Jika tidak mereka tidak akan ada pengalaman untuk menjadi seseorang dimasa hadapan.

Namun dikala menyiap sesebuah tugasan itu, tentulah bermacam dugaan. Yang pasti ada member saya ini kehilangan ucapan raya dari Dato Seri Jamil Khir. Kelam kabut dok telepon Press Sec Dato. Hambik. Dikala orang sibuk hendak berbuka, dia sibuk bertanyakan saya number tel press sec dato seri. Hurm.

Tapi alhamdullilah rasanya dia sudah record ucapan raya ketika dato seri touch down di airport semalam.

Tika saya sampai diofis, saya lihat tim Assalam cuma ada empat orang sahaja, mereka gagah print RO, keluar masuk bilik editing. Dan tidak terkecuali saya yang keluar masuk bilik audio untuk tahu updates mixing ep 13 saya yang akan bersiaran pada 24 Ogos ini.

Agak kelam kabut juga saya ini sebab yang BJ/AP saya juga banyak junior. Banyak juga tips saya bagi untuk story jadi menarik. Namun end up story masih kelihatan surface. Ada sorang yang baru kerja rasanya tiga bulan ini, lagi buat saya haru- pulang dari assignment katanya dia shooting seakan kelihatan seperti short film.. can u imagine short film?

Jadi saya fikir, mungkin ini killer segmen dia. Namun end up, editor maklumkan kepada saya, awatnya story jadi macam tu… jadi sedang saya sedang dengan lagu SELAMAT MALAM ROHINGYA… liriknya seakan ditujukan kepada saya…iaitu INI TUHAN MENGUJIMU…. terus saya teruskan preview .. apa sudah  berlaku.

Nyata- hampeh.. storynya asal ada. Kalau disuruh reshoot mau dia menangis agaknya. Takpe jaga ko lepas raya nie!

Bercerita tentang mamat yang buat story yang macam short film ini, ada history kelakarnya dia ini.

Kalau dilihat dari kejauhan dia memang seorang yang alim. Malah dia pernah azan di dalam pejabat. Nyata suaranya yang nyaring itu bisa membangkitkan semua orang untuk terus ambil wudhuk… saya pun kelam kabut dibuatnya.

Meninggalkan meja dan laptop untuk bersama Tuan Guru Sheikh Nurudin Al Banjari Al Makki untuk solat berjemaat ( betapa saya rindukan solat berjemaah bersama dia, berhimpit-himpit sampai pinggung terlanggar meja- ya ampun). Tiada surau dibawah ini. Masakah FM yang kecil itupun ada surau. Di sini no commentla!

Berbalik kepada cerita mamat ini – assignment pertama dia mudah! saya beri dia assignment menyiapkan story mengenai Amil Muda. Amil muda di Shah Alam yang menjaga 17 orang amil. Yang muda dan baru sahaja graduate dari Al Azhar.

Color story sahaja. Tiada analisis.. straight reporting. Saya diemail skrip yang panjang lebar. Jadi saya kuatkan hati dengan berkata,  mungkin story ini dekat dihati dia. Dalam kesibukan melihat line up dan habis mengedit story ini- saya tidak nampat sebarang SOT yang diletakkan. Dan tiada standupper.

Namun apabila saya mahu menghantar episod ini ke LPF, saya dikejutkan oleh editor- bahawasanya stand upper mamat ini pelik. Apa yang pelik. Saya lihat ada yang ketawa terbahak-bahak dibilik editing. Apa nie? Bukan cerita kelakar pun saya buat. Tidak ada JOZAN pun di dalam episod tu.

Rupanya mamat ini sudah stand up dengan menyatakan . HARI INI SAYA BERSAMA AMIL …. DAN DIA SEDANG MENUNGGU ASNAF UNTUK MEMBAYAR ZAKAT. Tengok… apa yang salah. Pastilah ASNAF tu yang salah. ASNAF penerima zakat.. bukan pembayar zakat… masyallah.. inilah dinamakan dugaan.. end up episod saya itu under run..

Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh… menyirap – air sirapla dibulan Ramadan ini.

Macha.. ini macam pun adakah?

Oklah – cerita kerja-kerja saya yang seakan membosankan anda ini saya akhiri dengan ucapan SELAMAT HARI RAYA.. DAN MAAF ZAHIR BATIN.

OWH lupa.. nak cerita, tajuk entry saya ini ialah tanda kenangan terakhir.

Kerana saya menerima satu kotak aksoseri dari allahyarham Mohammed Bin Malit. Hadiah ini dibeli sebelum arwah menemui yang Maha Esa. Dia tidak sempat memberi hadiah ini kepada rakan -rakan pejabat.

Terus hati saya sedih. Melihat kotak ini.

Semoga En Mat dirahmati… Al Fatihah… ( ishk teringat arwah abahla..saya akan ziarah kubur dia raya ini)

Byeee… saya sudah dapat timecode ini out dari editor .. cuma saya belum buat multisegmen lagi.

Saya sudah pandai buat multisegmen… huyehhhhhhhhhhh… hebatkan saya… tapi kalau salah buat mati.. boleh black masa siaran!!!!

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s