Deko …


Cuti apa lagi saya deko rumah..sikit-sikit.. tetapi saya rasa bangga dapat deko rumah sendiri…

Ops rumah sewa.

Saya mahukan yang simple sahaja tapi kelihatan cool.  Dan tema saya ialah retro + modern contemporary. Jadi inilah hasilnya. Beberapa barang yang dibeli dan menepati citarasa dan tema itu. 🙂

Image

Yang ini saya beli di Phililpine masa buat assignment di Mindanao

Image

Yang ini saya tengok diofis Darling.. akak Anne Ngasri… Cantikan.. puas saya cari rupanya ada jual dekat rumah saya.

Image

Yang ini saya beli asing-asing diIKEA.. maksudnya mula saya beli kayu tempat letak frame.. next month saya beli frame .. quite expensive sebab itu saya beli asing.

Image

Salah satu frame yang saya suka. Letak dimeja makan.Tolong diam bila makan.

Image

Yang nie beli kat IKEA juga. Dari kejauhan boleh tengok pukul berapa. Tak ada jaru, saat sebab saya takut dengan masa.

Semuanya tak mahal…murah-murah aja saya beli. Dan ikut kemampuan.

Dan saya sudah start mahu deko rumah setelah percubaan jaga ikan dan tanam pokok mati. Kisah ikan dan pokok ini long story sebab saya telah mencuba sedaya upaya menjadi penjaga yang bagus. Tetapiiiii semuanya mati. Malah saya gajikan makcik indon menjaga ikan emas saya tapi akhirnya hampehhhh… bayangkan sebulan saya bayar RM50 dan makcik indon hanya basuh seminggu sekali aja… hebatkan?Hahahahaha…

Pokok pula.. bermacam pokok hiasan tapi mati. Dan saya semacam ada hati dengan kucing. But cannotla.. Nanti kalau saya shooting.. my darl shooting kesianla kucing tu lapar.. dan jadi pengemis. Tapi maybe one daya saya akan ada kucing. Baiklah.

Nak g brisk walk.Buncit sudah. Buncit lama tak hilang timbul buncit baru.. cannot belaaaaaaaaa..Ok nantikan deko saya yang lain.

Terasa macam hendak jadi interior designer pulak. Seronok. Letak sana letak sini. Tampal sana tampal sini. Dan percaya ataupun tidak saya menjadi pembaca setia untuk  website houzz updates. Hebat bukan! Malah saya teruja melihat majalah deko dan dengan cepat mencapai iklan juga ada menjual perabot murah dan barangan yang moden-moden ini. Aduhai Syafinah…

Now i realise… im getting older doing this thing also. Ops bukan tua tetapi lebih dewasa.

Tak sabar hendak deko bilik tidur pula.

Any ideas ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s