Straight to the point. Semua kenalan rapat sudah tahu saya sudah bertukar status. PUAN ya.
What is feel of being PUAN ?mula-mula memang rasa Awkward!
Dan lebih awkward apabila sudah ada another half of me. Maksudnya HUSBANDlakan.
Tapi sudah saya bilang sama kawan-kawan, anda perlu kawin awal kerana kawin itu bukan sesuatu yang menakotkan. Its a treasure. Find ur soalmate. Then make the day!
Wah tengok saya cakap orang omputih sejak dua menjak ini buat kerja CSP. Sebab semua melayu pun cakap omputih. Aman pun cakap omputih. Kak lin pun cakap. Abg Nal pun cakap dan Abg Syirfan pun cakap. Jadi saya kena cakap jugala. 🙂
Jadi lets straight to the point. Hurm. Terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan yang datang dan mereka yang telah mensponsor saya.
Untuk kek kawin yang sangat cantik,modern n so elegant . Kak Pura yang hadiahkan.
Untuk beg dan kasut yang menjadi pilihan saya ini. Kak Paulina @ Ainur yang belikan. I so in luv with it.
Dan untuk sebuah lampu yang juga idaman saya dihadiahkan oleh sahabat saya yang akan kawin bulan Jun ini. Nora Zainal. Nok terima kasih.
Dan sesungguhnya terima kasih kepada adik beradik dan kasihnya seorang ibu. Hingga hujung nyawa pasti saya sanjung segala pekara-pekara baik yang telah sahabat-sahabat telah lakukan.
Yup memang sukar mencari sahabat sejati namun alhamdullilah saya jumpa ramai sahabat yang baik.
Ops lupa kepada yang datang ke majlis saya. Terima kasih. Sebab sukar untuk sampai ke rumah saya. Agak berbelit belit jalan masuk ke kampung Bukit Meta. Siapa ya yang saya ingat, Abg Syirfan dan keluarga, Ijan, Kok Diang, Geng Superbike ( Abg Ayie, Din, Kudin, Amirul). Geng AWANI (Abg Ali Alimin, Zaiful, Cathrine) lagi siapa???? Nani, As, Lin kawan sekolah. Lagi siapa ya??? lagi … lagi… Owh Baby Alin dan Daisy… dan lagi… sepupu sepapat.. ahaks.
Insiden last minit gantung papan petunjuk jalan nie. Hampir jam 3 pagi baru gantung. Itu semua dinamakan last minut sebab kakak saya terlupa.
Untuk kakak ipar saya yang telah hadiahkan home made cake.. TQ ya!
Pembahagian kerja sudah dibuay. Namun ada sahaja pekara yang tertinggal. Pekara yang paling besar ialah saya terlupa untuk remind taukey khemah. Dan taukey ingat dia nak hantar lewat lagi. Masaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak owh.
Dalam riuh rendah. Saya juga teringatkan arwah abah. Tentu dia gumbira. Dia hendak sangat tengok saya bernikah. Tapi jodoh itu ditangan tuhankan.
Moment yang saya tidak boleh lupa apabila bapak sudara saya, Pakcik Syahril yang duduk disebalah saya menjadi wali. Susuk dan suara dia memang serupa abah. Tapi abah lagi hensom kot. Ahaks. Itu mula hendak sebak. Tapi saya tahankan juga. Saya layankan Wawa anak kak Pura. Dia penghibur hati saya ketika itu. Hilang cemas itu kerana dia ada disisi. Ditanya saya pelbagai soalan. Jadi saya tidak fokus untuk menjadi gelabah.
Moment yang paling kelakar ialah apabila imam meminta saya gambar untuk disubmit pada JAIM lepas nikah. Jadi saya meluru kebilik untuk cari gambar itu. Tapi tidak jumpa. Dalam kelam kabut saya ini, kak Pura dan kakak saya pada masa itu membantu mencari gambar itu. Tapi usaha gagal.
Saya cari lagi. Dalam pada itu pihak lelaki sudah penuh di dalam rumah. Sudah pun bersila. Tapi dengan nafas yang mengah-mengah saya cari juga. Dan hati kata mana plak gambar bahalol ini. Hahahahahhaha.. Dan apabila saya toleh dibelakang saya, Wawa terpacak dan berkata.. Untieee, tarik nafas, tarik nafas.. bertenang… calm down.. dan akhirnya usaha saya gagal.
Rupanya lepas majlis. Gambar dalam handbeg. Bengong betulkan. 🙂
Dan pada hari berbahagia itu saya belikan sepasang kurung biru untuk mak. Dan tudung oren. Satu warna yang dia tidak pernah fikir dan selalu mengelak untuk pakai. Dan saya paksa dia pakai. Dan resultnya muka dia pun berseri.
Saya belikan juga blouse untuk Kak Long yang tidak berhenti-henti bekerja. Jasa kak long tidak terhingga. Cuma untuk Kak Ngah saya belum cari dan belikan apa-apa. Insyallah ada nanti. Saya beli something special untuk dia. Dia pun hadiahkan saya blender. Best woah.
Kepada En Zainal yang juga sponsor sejumlah wang. Saya hargai.
Dan paling penting ialah sumbangan dari rakan-rakan ofis sebagai tanda selamat pengantin baru. I love u guys.
Sehari sebelum menikah, terlalu banyak yang saya fikirkan. Tentulah saya fikirkan kisah silam. Kisah-kisah cinta monyet dan cinta dewasa. How lovely it is. Hebat perjalanan mencari cinta.
Ops saya lupa, saya sangat berterima kasih dan terharu kepada keluarga Kak Lin yang datang dari Indonesia. Mumy and papy yang sporting. Tidak lupa kepada penasihat saya Fiha. Banyak juga tips yang saya ambil dari dia. Kalau ikut saya ini, simple aja dan boleh aja jalan. Tapi prinsip boleh jalan aja tu memang adalah.
Tu pasal warna tema ada yang tidak kena. Sebagai contoh langsir tak tele dengan pelamin. Tapi tidak apalah.
Untuk suami saya yang paling memahami. Dia adalah best man yang telah menang dan membuatkan saya mengambil keputusan paling besar. Tq untuk potong rambut. Itu pun lepas dinasihatkan oleh imam . Hahahahha.
Sekarang minggu ini hendak pindah rumah. Saya akan duduk Kota Damansara.
Rumah itu sangat saya suka. Dan ownernya nama En Bukh. Sudah macam nama bos kat sini aja.
Dok call panggil En Bukh..
Pergh..
Klah nak chow dulu- its about 10.34pm dan esok shooting calltime 6.30am. apadahal.
Last. He knows me well. U know me.
With luv
SYAFINAH OTHMAN
Teringat lagu dangdut..
‘bukan harta jadi ukuran, bukan rupa jadi sempadan, kerna budi bahasa, kerna tutur dan cara membuat kutergoda’.