Cuti, Wartawan Hiburan Dan Buku


Selamat Hari Deepavali. Dan kepada rakan seagama selamat offday.  Empat hari tidak bekerja – seronoknyaaaaaaa  tetapi kami pekerja di TVAH diminta memberi kerjasama untuk datang dan meraikan carnival cinta masjid yang diadakan di Masjid Saidina Hamzah, Kg Batu Muda.

Bukan main dekat lagi dengan rumah aku. Jadi kalau tidak pergi memangla jenis apa manusia aku ini. Selepas menghadiri majlis nikah bakal adik sedara aku ini terus aku ke masjid ini. Setiba dimasjid yang kubahnya kuning dan didirikan berdekatan dengan flat yang aku rasa 10 tingkat itu, aku lihat rancangan Ust Don sedang dirakamkan. Begitu ramai orang yang minat dengan corak dakwahnya. Hebat Ust! Tahniah. Saya juga bangga kerana pernah menjadi anak murid kepada ust di dalam kelas yang entah dua tiga kali kot rasaya dibuat.

Dengan nama Ust Don dan permintaan untuk berceramah yang semakin meningkat. Saya sebagai individu yang menganjurkan kelas itu merasakan Ust Don semakin sibuk. Jadi saya tukarkan Ust Don kepada Ust Sofwan. Seorang graduan daripada Universiti Al Azhar yang  sentiasa kelihatan tenang. Kadangkala kalau terpandang sepintas lalu, memangla Ust ini hensom. Belum sempat lagi Ust Sofwan menurunkan ilmunya. Dia pun cuti kahwin. Jadi kami yang jahil dan dahagakan ilmu agama ini tidak sabar-sabar untuk berguru dengan Ust Sofwan  pula.

Cuti empat hari ini sememangnya dirasakan panjang. Bosan pun ada. Jadi saya habiskan masa membaca buku biografi Prof Dr Ismail Ibrahim – tajuk buku ini Kembara Kehidupan – Dari Atap Rumbia Ke Gedung Diplomat.

Lama saya untuk menghabiskan buku ini. Sedang ada lagi buku yang belum habis dibaca iaitu World is flat. Pinjaman dari Abg Syirfan daripada Kak Pauline. Macammana itu. Saya punya tekad mahu menghabiskan buku sebanyak 3 buah buku dalam sebulan. Namun gagal. Bulan lepas sahaja saya hanya habis satu buku sahaja iaitu travelog wartawan Islam. Kandungan buku kembara wartawan Islam ini bagus, saya suka baca culture bekerja di NSTP. Dan perjalanan karier penulis buku untuk mencari pengertian sebagai wartawan Islam. Bukan sahaja wartawan tetapi wartawan Islam. Sehitam mana perjalanan hidup bagi saya jika anda seorang wartawan –  hitam itu  tidak mungkin ada dalam laporannya. Ini bermaksud segala bagai kesedihan hidup perlu dilupakan. Fokus kepada matlamat perjuangan seorang wartawan.

Lama saya berfikir kenapa ada wartawan yang sanggup menulis gossip dan cerita buruk artis lain. Mana perjuangan mereka. Adakah mereka ini tidak merasa ada sesuatu yang perlu ditulis berbanding membuka pekong artis itu. Mungkin mereka ini gemarkan sesuatu yang luar biasa daripada kehidupan yang biasa-biasa. Yang sukakan fofular. Dan suka melihat orang keberantakkan. Inilah dia. Mungkin inilah sebab wartawan hiburan dikatakan low class. Tapi hidup mereka nak berclass –class. Pakai sudah macam artis. Hehehe. Tengok bila bercakap hal hiburan saya sudah macam murai aja. Hishhh propa aja!

Alhamdullilah saya sudah berada dilokasi yang betul. I think so. Untuk terus menyebarkan maklumat dan dalam pada sama mempelajari ilmu agama daripada Ust-Ust dari Al Azhar. Semoga kehidupan saya dan rakan-rakan dirahmati.

Walau dimasa ini ombak besar sudah menampakkan diri. Dilambung tinggi. Kelihatan buih-buih semakin banyak disana.

Dan ombak ini menghempas pantai dengan kuat. Sedang ramai yang bercanda digigi pantai. Ombak  besar ini kelihatan mahu menghempas kami – yang kadangkala semangat untuk terus berjuang hidup juga ada tenggelam timbulnya.

Ada yang sudah tenggelam. Ada yang sudah mencari arah sendiri. Ada yang masih kekal dan tidak mahu berganjak walau ombak dan amaran tsunami sudah dikeluarkan.

Huhu! Wek…

Hebat tak. I think I wanna be a novelistla… Amacam? Ada kawan dah duduk rumah dan menulis di rumah sahaja pun dapat duduk bungalow. Bungalow ya.. bukan flat….

Living in life now a days – like a race at F1.

Chow!

Mode : Terus mendengar lagu Casablanca – I guest there so many broken heart in Casablanca.. I guest our love story will be see in on the big wide silver screen … owh kiss is still the kiss in Casablanca- pls come back to me in Casablanca- what a romantic person im? Hahahahhaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s