Saat gumbira.


Ketika ini saya sedang berada dikampung.Lama saya cuti… Kira seminggu duduk dikampung. Selain sibuk menguruskan majlis saya ini, sebenarnya tujuan saya cuti juga ingin bermanja-manja dengan mak…Alhamdullilah, hingga malam ini kesihatan emak baik-baik sahaja. Malah kalau hendak dibandingkan dengan saya ini,dia lagi cergas. Jadual dia harian dia bermul pada pukul 7am sehinggalah malam dia sentiasa cergas mengemas rumah.

Banyak kali saya bercakap dengan mak, mana dapat tenaga sekuat itu sedang saya ini cepat berasa letih. Kata mak dia tidak minum air sejuk dan selalu bangun pagi. Kalau hidup tidak ikit jadual memang teruk kesihatan badan. Katanya lagi kalau time makan kena makan. Kalau time tidur kena tidurlah. Lama saya tidak mengambil masa yang lama bersama emak. Bertahun saya tidak duduk serumah dengan dia. Dan ini dia ada disebelah saya melipat baju. Tanya dia, apa yang saya tulis, saya jawab,soal kerja aja.
Setiap oagi sehinggala pagi Jumaat ini, emak akan bangun awal dan siapkan sarapan. Jika saya lewat bangun dia akan menjerit nama saya dengan kuat sekali. Sehingga rasanya jiran sebelah boleh dengar jeritan itu. Adoyy malunya saya ini.
Jadi untuk mengelakkan dia menjadi tarzan setiap pagi saya akan bangun dan buka tingkap dan terus jerang air. Selepas dia puas hati melihat saya ke hulu dan kehilir barulah saya curi-curi masuk bilik paling hadapan untuk menyambung tidur. Malasnyakan saya ini. Alah cutikan. Tapi mak sentiasa faham dengan perangan saya ini. Makkan.
Sejak lima hari saya dikampung. Pelbagai pekara yang boleh saya study pasal mak sejak abah meninggal. Antaranya dia kerap berbual mengenai kenangan manis dia dengan arwah abah. Walaupun ketika hidupnya abah dulu katanya bukan main baran.tapi tidak pernah dia memukul mak. Tidak pernah juga dia kebuluran bersama anak-anak. Ketika ditinggalkan 15 tahun merantau di Pulau Cocos, Australia tidak pernah emak merasa kehilangan dan kejauhan dengan dia. Kerana arwa abah sering mengirim surat. Tukang tulis reply surat adalah kakak sulong saya. Perjalanan kisah membesarkan adik beradik saya, sentiasa saya impress.
Selain bercerita mengenai kisah silam, mak saya ini juga merindui untuk berjalan-jalan diwaktu petang. Ini disebabkan arwah abah sentiasa membawa emak bersiar-siar waktu petang. Jadi waktu cuti ini setiap petang saya membawa emak bersiar-siar. Dan dia suka. Dan ketika kecil saya juga sering dibawa ke bandar Melaka untuk melihat lampu kata mak.

Sat lagi saya nak balik KL. Apa pun saya pastinya rindukan mak macam biasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s