My Day.


Mmmmm…ramai sudah tahu. Saya akan menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan yang tinggal beberapa hari lagi untuk masuk 2012.

Insyallah majlisnya pada bulan 3. Doakan saya ya! untuk segalanya berjalan dengan lancar. Jodoh dan maut itu ditangan tuhan.

Dan pepatah ini sentiasa bermain dikepala aku ini. Aku kira ini keputusan muktamad yang telah dibuat. Sedang dalam bz mengurus kehidupan harian – aku perlu merancang masa depan.

Kata hati – mungkin berbeza dengan perlakuan.

Dan tanya sama hati – sama siapa cinta hati anda.

Saya tidak sempurna. Masakan saya mencari cinta sempurna.Perjalanan mencari cinta saya sangat panjang. Saya juga pernah menangis disepanjang highway mengenangkan nasib dan cinta saya! tengok kantoi nangis – sedang saya susah hendak menangis.

Saya juga pernah merasakan cinta – yang saya kira tidak boleh dibawa ke mana-mana.

Jadi semakin hari saya memikir- bagaimanakah mahu meyakinkan diri bahawa cinta itu pasti milik saya.

Berhari saya memikir. Bukan 1 malam… tapi banyak malam. Saya takut untuk membuat keputusan. Keputusan jika ingin menunggu si dia – akhirnya saya pasti kecewa.

Dia pasti tahu jawapannya kenapa. Tak usah panjang cerita. Biarlah rahsia. Saya memikir saya bukan dicipta untuk dia. Dan saya paksakan diri melupakan dia. Plz forgive me!

Setiap hari – saya akan menremindkan diri – cinta itu tidak harus memiliki. ( Dah macam dramakan…. kadang kala kelakar pun ada!) – dalam melalui hari -hari ini – saya dalam mengutip kisah cinta yang kalau dinovelkan pun dirasakan bagus.

Adakah saya akan menjadi novelist… wahhhh… berangankan saya ini.

Apa pun …Akhir kata – Saya mahu menjadi seperti Aisyah r.a – seperti yang diperkatakan oleh sahabat baginda rasullah bahawasanya cinta pertama di dalam Islam ialah cinta rasullah kepada Aisyah r.a. Dan ketika ketakutan dan kurang keyakinan baginda sentiasa bersama Aisyah r.a. Selawat kepada baginda rasullah

Saya juga percaya bahawa saya ini diciptakan dari tulang rusuk kanan dia.

Jadi kepada sahabat-sahabat saya – yakinlah jika anda sudah punya cinta !

Dan cinta tidak harus memiliki pun ada ! Mak redha nok!

SMS n BBM - membzkan diri.

Fitting dan saya semakin gumuk ya!

Mencuba mengecilkan diri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s