Happy Birthday Ina


Saya semakin malas untuk menulis. Seakan rasa tiada apa ingin dikongsi.

Namun bila dirasakan relevennya ada blog untuk menulis saya teruskan berkongsi apa yang dirasa harus dikongsi.

Semalam hari jadi saya. Saya terasa tua. Hehehe.

Mengapa? Ini disebabkan pemikiran saya yang semakin melalui tahap matang . Apabila saya melihat sesuatu pekara saya akan rasa pekara harus dilihat dengan lebih terbuka. Tidak mengikut hati dan perasaan.

Hari ini saya melihat tarikh 21 Disember itu adalah tarikh penting seorang ibu yang telah melahirkan seorang anaknya. Pada hari ini saya merasa ibu dan arwah abah merasa ini adalah tarikh paling bermakna kerana lahirnya seorang lagi anak perempuan.

Nama saya ini bukanlah semoden nama-nama mereka yang diluar sana.

Nama saya inipun bukanlah dipilih oleh kedua ibu dan bapa saya. Nama saya diberi atas idea – jiran saya yang juga merangkap atuk sedara saya.

Kata mak saya , nama saya diambil dari salah seorang ahli tilawah Al Quran yang saya sendiri tidak jelas tahun bila calon itu masuk tilawah Al Quran itu. Namun saya bangga kerana nama ini ‘ serasi’ dengan saya.

Apabila bertambah 1 tahun, selalunya saya akan mengira kejayaan yang dibuat dalam diri. Sehingga hari ini tidak ada apa yang membanggakan.

Saya biasa-biasa sahaja. Malah saya merasakan semakin hari hidup kadang kala semakin membosankan.

Hari -hari bangun pegi kerja dan balik kerja sahaja. Jika ada shooting saya akan macam biasa mendeliver dengan sepenuh jiwa. Namun kadang kala merasa tidaklah membanggakan sangat hasil kerja saya. QCnya selalunya biasa-biasa sahaja.

Saya sebenarnya ada juga terfikir untuk menjadi seorang director filem. Hebatkan cita-cita saya. Hehehehehe.

Saya lihat jika Wan Hasliza bisa menjadi seorang director drama epik saya pun rasa jika saya bersekolah filem semestinya saya pun akan jadi semacam dia. Tapi saya tahu Wan Hasliza bukan pun sekolah filem. Dia ambil law.

Saya lihat Mamat Khalid dengan jayanya mencipta filem komedi seram bukan juga bersekolah filem.

Jadi saya tahu saya memerlukan penddedahan dengan bekerja dengan syarikat buat filem. Hebatskan cakap-cakap saya ini.

Hari ini lama saya duduk berbincang dengan rakan-rakan mengenai masa depan. Ada yang menasihat untuk buka bisness tapi jawab saya modalnya bagaimana? Ada juga rakan yang menyuruh membuka syarikat publication yang kira saya mana mungkin kerana saya juga tiada modal. Hendak buat pusingan modal macam mana?

Termenung saya dibuatnya.

Jika berbalik kepada perjuangan hidup, saya selalu teringat pesan arwah abah -perancangan hidup bukan hari ini sahaja, harus dibuat untuk 30 tahun akan datang. Berbaloikah dengan apa yang kamu telah lakukan? jika tidak berbaloi ubah percaturan hidup semula.

Terima kasih abah kerana suatu masa dahulu banyak nasihat saya untuk saya terus terpimpin dengan realiti kehidupan yang sewajbnya saya atus untuk masa depan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s