Antara BERSIH dan tidak


Sabtu 15/10/11.

Seperti yang dirancangkan bersama Ust Don dan beberapa orang teman. Ini kelas ke 2.

Banyak ilmu yang dipelajari. Walaupun sejak kecil sudah didedahkan dengan pelbagai pekara asas fardhu ain. Namun untuk diri sendiri, banyak pekara yang sudah terlupa. Kali ini tidak ramai untuk kelas ke 2. Mungkin masing-masing ada plan sendiri untuk hari minggu atau mereka ada pengambaran.

Aku percaya jika berkesempatan, pasti rakan-rakan lain hadir. Bagi aku satu kerugian untuk mereka tidak hadir untuk mengingati ilmu akhirat ini. Tidak perlu menjadikan diri terlalu sibuk sehingga tidak hadir. Jika kita boleh berlama-lama dikedai kopi aka kedai mamak. Kelas yang dibuat khas dan free of charge ini, sewajibnya diambil berat.

Antara yang pekara fardu ain yang diajar kali ini ialah mengenai membersihkan diri dari hadas besar. Ust Don mengajar dengan baik sekali. Sehingga berulang kali aku menyembang pekara yang sama dengan seoranng rakan jika sedari kecil aku berguru dengan dia. Tentu aku ke Universi Al Azhar takpun ke UIA.

Ilmu yang diajar masuk dalam kepala begitu mudah. Tidak seperti sebelum ini, apa yang diajar mudah terlupa dan rasa sangat sukar untuk menghafal info yang diberi.

Antara words yang diberi kepada aku dan teman-teman ialah bukan agama follow kita, kita perlu follow agama.

Wahai Ust, mendalam benar words itu.

Antara soalan aku yang lari dari topik pada hari ini ialah ‘ Ust, bolehkah saya berjumpa emak dan ayah jika diakhirat,’.

Ust jawab boleh jika kamu seorang tahfiz lagi mudah.. Allah, jauhhhh dan mungkinkah terlambat. Terdiam aku. Macam mana ya nak jumpa… cuba anda jawab soalan saya?

Dan Ust terangkan lagi, usia disyurga seperti usia kamu dan lebih muda… semua orang muda… terfikir emak dan abah muda? mmmmm sukaaaa…

Antara pekara yang diajar ialah mengapa surah Al Baqarah diturunkan. Dan mengapa ianya diberi nama Bakarah. Kerana ada cerita. Baqarah dalam bahasa Melayunya adalah lembu betina.

Antara lain yang lari topik ialah- kata Ust orang perempuan dicipta untuk merancang keluarga.. sebab itu banyak benda orang perempuan nak merancang. Itu ini… ini itu.. Surah An Nisa ayat 42 dirujuk.. perempuan baik untuk lelaki baik… lelaki baik untuk perempuan baik…

Dan seingat aku dia kata.. jadilah baik untuk dapat lelaki yang baik.

Terima kasih Ust Don.

 

2 thoughts on “Antara BERSIH dan tidak

  1. zalina hanafi says:

    Salam saya ingin bertanya dimanakah cik mnghadiri kelas ust don. Adakah semasa sessi rakaman 30min itu. Saya berminat utk mnghdiri kelas beliau jika ada n mohon cik email kpd saya cara n bsgaimana. Saya tertarik dgn cara ust mngajar…memberikan pemahaman sehingga begitu sekali. Tq

    • 001beautifulcrazy says:

      Salam. Puan Zalina – saya ada usrah waktu ofis sahaja. Ketika bila dia ada datang ke ofis. Mencuri masa dia untuk mengajar pekerja tvalhijrah. Nti saya tanyakan Ust mengajar dimana ya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s