Pagi ini saya perlu ke Ipoh, Perak.
Mahu recce untuk event dalam recording pada 23 Oktober ini. Dan minggu ini saya sudah tidak lagi berada di team live programme.
Saya kembali beraksi di padang. Saya fikir ini terbaik untuk saya.
Atau disebaliknya. Saya mungkin tidak sesuai diletakkan di dalam team live. Saya ini sentiasa positif di dalam bab bekerja. Jika diarahkan tukar, saya akan tukar. Kerana bos alwayas a bos. Namun terkadang mahu membantah, mahu menyuarakan pandangan tapi bila difikirkan jalan terbaik saya selalunya akan diam sahaja. Kerana bagi saya jika itu sudah diputuskan apa lagi saya boleh lakukan.
Jika saya diberi suara. Pasti saya akan bersuara. Namun dalam nada yang boleh diterima. Nada yang mungkin tidak akan menghuru harakan keadaan. Satu ayat yang mungkinkah saya ditransfer. Adakah saya ini problamatic sangat? sehingga tidak lagi dilihat bersedia di dalam programme live. Jawapan esoknya kamu tidak lagi berada di dalam team live.
Ini ruang yang diberi. Saya tidak membantah. Saya akur. Saya salah cakap. Dan mungkin saya ada tersalah ‘text’. Ahhhhh sudah. Hidup perlu diteruskan.
Ada yang memberi pandangan- saya bila bercakap, pasti tajam. Hingga menyakitkan hati dan terguris perasaan. Namun perasaan saya – kenapa terlebih dahulu disakitkan. Saya orangnya neutral. Saya boleh membezakan hitam,puith, coklat, kuning dan biru cair.
Bukan saya orang yang menentang arus. Saya bukan begitu. Ok. Stop it.
Saya sebenarnya mahu bercerita mengenai salah seorang nama besar di dalam– dunia penulisan dan perfileman. Karya-karya beliau memberi inspirasi kepada saya untuk menulis. Saya bukan saya suka dengan karyanya namun dengan pembawakan diri dan juga akhlaknya terlihat dia seorang yang mencintai ilmu dunia dan mencari dunia akhirat.
Iya ada penulis-penulis hebat di sini. Dengan pelbagai matlamat perjuangan penulisannya. Namun saya lihat Habiburahman antara paling terkedepan. Ini kerana setiap ayat yang ditulis katanya diambil dari ayat-ayat Al Quran, hadith dan nilai-nilai baik yang diangkat untuk seorang muslim – melewati kehidupannya.
Saya sudah dua kali berjumpa dengan dia. Pertama kali saya kecewa kerana tidak dapat merakam memori dengan gambar. Kerana sibuk menguruskan produksi. Melayan dua bintang filem Ketika Cinta Bertasbih.
Kali ini saya berkesempatan sarapan pagi , dan berbual dengan dia.
Paling gembira dia masih mengingati saya.