Aku sebenarnya tidak suka subjek sejarah. Kerana subjek sejarah membosankan. Sering aku tertido di dalam kelas sebab cikgu yang mengajar rasanya membaca dan mengulang apa yang ada dalam buku rujukan dia.
Dalam tidak suka itu. Aku paksakan diri membaca buka sejarah. Mengingat tarikh sejarah dan nama-nama tokoh sejarah. Lagi kalau nak dekat peperiksaan lagi kuat aku menghafal. Hasilnya aku mendapat A1 dalam SPM dan juga PMR A juga. Hebatkan. Hasil usaha skor soalan aja. Muahahaha. Banyak sejarah yang aku tidak beberapa ingat dan terpaksa mengulang baca disebabkan terpaksa suatu masa dulu.
Kerajinan saya di dalam membaca bukan kepalang semasa kecil. Abis buku kakak saya tingkatan 6 atas dan bawah aku baca. Hebat juga rasa. Kalau masuk dewan aku mungkin lebih hebat menjawab dari dia agaknya.. kekeke. Dan paling aku ingat ialah aku adalah seorang anak kecil yang suka menyorokkan buku kakak-kakak aku dahulu. Selain mengunci basikal dan menyorokkan kunci itu.
Jahatkan.Itu cerita 25 tahun dahulu. Hari ini dalam sejarah. Hari ini adalah sambutan hari Malaysia dan merdeka peringkat kebangsaan Maka dengan itu perarakan di Dataran Merdeka yang bermula pada pukul 8.30 am.Sesibuk itulah aku mengejar masa kerana aku ditugaskan untuk bersiaran waktu pagi pukul 8.00am. Seperti biasa tidak boleh tidur. Jam 3 , jam 2 mesti terjaga, calltime 5am ya. Bimbang terlewat. Mungkin aku boleh dikeluarkan dari senarai late comer. Belajar itu dan ini. Setiap hari ada sahaja benda baru yang aku belajar di studio. Hari ini belajar bagaimana nak tab dari RTM.Mudahkan, Tapi kalau tidak keluar suara dari cermin empat segi kekadang tepat dan sama tu macam mana. Haru biru dibuatnya.
Berbalik kepada tajuk Datuk Seri JJ Raj tu. Dia aku rasa seorang yang mestilah berdisplin. Paling amazing walaupun sudah berumur 88 tahun , ingatan dan badannya yang tough itu menafikan umurnya. Ketika ketibaan dia, aku bertanya kepada semua orang dimana dia. Namun semua berkata mana ada tua, dia itu macam umur lewat 70an aja.
DS JJ Raj aku jemput kerana ingin menunjukkan kepada penonton bahawa perlu menghargai orang-orang yang pernah menentang musuh negara.Tanpa usaha dan semangat orang seperti dia mungkin hari ini kita tidak dapat merasa aman. (Aman yang ada pun tidak amanlah! hiks).
Ini antara soalan yang aku copy paste untuk storyDS JJRaj ini.
Difahamkan sehari sebelum peristiwa menyayat hati itu berlaku, Datuk Seri dilapor telah melawat Balai Polis Bukit Kepong. Boleh Datuk Seri ceritakan?
J.J RAJ:Ya, pada 22 Februari (1950) saya telah melawat Balai Polis Bukit Kepong bersama 10 anggota. Kami bertolak daripada Balai Polis Daerah Pagoh menuju Balai Polis Lenga dengan cara menaiki kenderaan. Masa yang kami ambil antara satu hingga dua jam. Pernah terjadi dalam pertengahan jalan ketika kami ke Lenga, berlaku serang hendap daripada pihak komunis. Sebab itu kita sentiasa berwaspada. Apabila sampai di Balai Polis Bukit Kepong saya menemui Allahyarham Sarjan Jamil Mohd. Shah dan anggota-anggotanya serta tidak ketinggalan Tok Penghulu kawasan tersebut. Tok Penghulu Bukit Kepong pada masa itu bernama Penghulu Ali. Kami kemudian makan tengah hari bersama dan kemudian saya melakukan rondaan di Pekan Bukit Kepong bersama Sarjan Jamil, Penghulu Ali dan beberapa orang mata-mata dengan menggunakan basikal. Pekan Bukit Kepong tidak besar. Di sini terdapat kita-kira 30 buah kedai yang para peniaganya terdiri daripada orang Cina. Dari segi komposisi penduduk pula saya anggarkan penduduk Melayu lebih kurang 1,300 dan mereka tinggal di kampung-kampung.
Apa yang berlaku pada pagi 23 Februari 1950 di Bukit Kepong?
J.J RAJ: Tepat pukul pukul 4.30 pagi (23 Februari), pengganas komunis telah meniup trompet buat kali pertama dan mereka telah melepaskan tembakan ke arah Balai Polis Bukit Kepong. Sebaik sahaja menyedari balai telah diserang, Sarjan Jamil dan semua anggota yang kesemuanya berjumlah 20 orang mengambil tempat masing-masing di kubu di kawasan balai untuk berbalas tembakan. Tembak menembak berlaku sehingga pukul 6.30 pagi. 180 orang komunis yang melakukan serangan ini dilengkapi dengan senjata-senjata automatik berbanding 20 orang kita cuma dilengkapi dua pucuk senjata automatik dan jika hendak dibandingkan kekuatan anggota, kekuatan komunis adalah tujuh kali ganda lebih daripada kekuatan polis. Sungguhpun begitu pihak komunis masih gagal memasuki balai walaupun telah melakukan serangan selama dua jam.
Kira-kira pukul 6.30 pagi, pihak komunis telah meniup trompet untuk kali kedua dan sejurus selepas itu tembakan dihentikan serta merta. Kemudian salah seorang anggota komunis yang bernama Mat Indera dengan menggunakan pembesar suara telah meminta polis menyerah diri sekiranya mahu selamat. Mat Indera berkata demikian sebanyak tiga hingga empat kali.
Adakah itu kata-kata terakhir Datuk Seri kepada Sarjan Jamil sebelum berlaku peristiwa Bukit Kepong pada pagi esoknya?
J.J RAJ: Saya anggap begitulah. Ia umpama pesanan akhir saya kepada Sarjan Jamil dan semua anggota polis di Bukit Kepong sebelum berlakunya peristiwa serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada keesokannya. Saya masih ingat jawapan Sarjan Jamil: “Jangan bimbang tuan OCPD, kita akan jaga, biar putih tulang jangan putih mata”. Ketika ayat ini diungkapkan saya kurang faham dan saya mula faham selepas peristiwa ini berlaku. Sebenarnya semasa kita meronda pada petang 22 Februari terdapat 180 pengganas komunis telah mula mengepong di belakang balai polis. Kita tidak nampak kerana kawasan tersebut merupakan kawasan hutan.
Iya biar putih tulang jangan putih mata. Ini kata-kata terakhir Sarjan Jamil yang juga wira negara yang gugur ketika menentang komunis.
Aku aya kagum dengan dia.
Sehingga aku meminta kebenaran dari bos untuk berjumpa dia . Dan keluar seketika dari studio kerana tidak mahu melepaskan peluang bergambar dengan dia. Pekara ini jarang aku buat. Kerana bagi aku dengan seusia begitu mungkin aku tidak akan berjumpa dia . Dan sukar aku mahu berjumpa dia kerana tajuk merdeka jarang kita bincang sepanjang tahun.
Beberapa pekara yang dipesan kepada saya jaga kesihatan. Come and see me if you want to know anything regarding communis.
Kesimpulannya. Mengingat sejarah itu perlu, bukan kerana mahu masuk exam aja wahai inaku sayang.

Bersama Datuk Seri JJ Raj
# Tanya sama diri. Apa pengorbanan kita pada negara. Selain marahkan polis dan mahu persoalkan fakta sejarah- hehehehe emo pulak.
Like this:
Like Loading...
Related