Kerana kami lebih pentingkan STORY.


Pagi ini berita kematian seorang jurukamera daripada Bernama TV iaitu Noramfaizul Mohd Nor mengejutkan kita.

Bagi wartawan dan petugas media lain, berita ini benar -benar menyentap jiwa dan perasaan.

Al Fatihah

Kerana bagi diri seorang wartawan, memasuki kawasan berisiko tinggi ataupun merbahaya itu, seringkali  kepentingan diri akan ditolak ketepi. Yang penting story, story dan story.

Oleh itu aku yang bekerja di dalam bidang ini,sering berselisih faham dengan rakan dari bidang yang lain ataupun hal keluarga apabila mereka melarang ataupun menidakkan cadangan untuk membuat liputan di kawasan merah ( redzone).

Aku percaya pada ketika ini pelbagai isu akan timbul. Yang sedang didengar ialah pasukan media yang mengikuti misi kemanusiaan itu tidak dibekalkan dengan baju kalis peluru, mereka yang pergi tidak diberi insuranse dan wang elaun.

Parah. Rakan media sudah melontarkan pelbagai pandangan. Ada yang mempersoalkan majikan. Ada yang mempertikaikan matlamat dan perjuangan ketua misi kemanusiaan itu.

Sehingga waktu ini notification di dalam mukabuku (facebook) memberikan komen segera mengenai isu ketidakpuasan hati dalam memberikan hak dan keistimewaan petugas media.

Bagi aku sebagai wartawan selalunya diberi tugasan ke kawasan merah bukanlah berita buruk. Namun itu mengukur sejauhmana tahap ‘ lasak’ wartawan itu.

Sejauh mana wartawan itu boleh membaca keadaaan dan membuat keputusan.

Namun paling diingat bagi aku sendiri ialah We can’t expect the unexpected. Jadi segalanya diluar jangkaan. Takdir diserahkan kepada tuhan setelah usaha dilakukan. Perlindungan diri ‘ insurance’  selalunya wartawan tidak hairau sangat. Aku yakin pekara penting akan terlintas di dalam fikiran bagaimana mendapatkan angle story menarik.

Payah bila bercakap mengenai hati dan perjuangan wartawan. Sehingga ada yang berada diluar bidang ini mengatakan semuanya itu tindakan bagai orang gila.

Aku sendiri pernah ke kawasan merah. Tidak sehebat Abang dan kakak yang lain. Yang pernah pergi ke Afghanistan dan negara perang yang lain.

Antara kawasan merah itu ialah Thailand dan juga Filipina.

Lokasi Ketiga

 

Perjalanan ke tiga lokasi di wilayah konflik ini, sangat terkesan sehingga sekarang. Melintasi Yala, Narathiwat dan Pattani benar-benar mencemaskan aku. Masakan tidak situasi tidak menentu dan peristiwa tembak baru sahaja berlaku dua hari sebelum aku sampai di wilayah Narathiwat. Aku jejaki masjid yang bermandi darah apabila seorang tentera ditembak mati ditangga masjid. Kedua krew jurukamera dan teknikal, ketar juga apabila aku menyampaikan berita itu.

Aku masih ingat soalan yang diberikan oleh pembantu teknikal aku. ‘ Biar benar kau nie, dua hari lepas ada askar kena tembak,’ . Aku jawab cuba kau tengok sekeliling mana ada kedai dibuka dan paling dekat kedai dihadapan masjid ditutup disiang hari.

Waktu pengambaran yang sengaja aku singkatkan melegakan hati semua orang ketika itu. Pemandu kami yang berasal dari Yala juga salah seorang yang pernah ditorture oleh individu yang tidak dikenali dan dilepaskan tanpa pembelaan.

Kekerapan kes tembak berlaku di dalam seminggu antara 3 hingga 4 orang terbunuh.

Temuramah bersama peguambela rakyat Wilayah Selatan Thailand

Dan pengambaran selama 5 hari 4 malam sememangnya memberikan pengalaman yang sangat berharga. Bagi aku berjaya keluar dari wilayah itu satu hal, memberi kepercayaan kepada pemandu adalah dua hal. Ini disebabkan aku sendiri kurang pasti dengan pemandu / guide kami. Cuma aku kenali dia dengan membina hubungan dengan salah satu NGO di Pulau Pinang. Dan NGO ini aku teliti punya sejarah penubuhan dan matlamat yang jelas iaitu membantu saudara seagama disempadan tanahair.

Tidak lama aku pulang dari Thailand jarak masa selama dua hari aku diarahkan ke Moro, Filipina. Sepanjang perjalanan pulang dari wilayah konflik fikiran aku sudah terbayang bagaimanakah pula nasib di Selatan Filipina, Moro.

Aku tidak pernah fikir baju kalis peluru dan aku tidak berani tanya mengenai insuranse. Aku bimbang jika ditanya pelbagai benda peluang tipis untuk aku pergi ke sana.

Sungguh di Moro, suasana lebih menakutkan. Setiba di lapangan terbang sudah ada askar menanti. Memeriksa kami.

Cuba tengok askar kat belakang tu. Menakotkan ya.. kalau ditembak abisla.

Ketika aku ke Moro, tidak ada sebarang ,media dibenarkan masuk untuk membuat liputan. Tapi aku yakin mesti ada yang pernah bolos ke sini. Contohnya kawan aku pernah ke sini dua tahun lalu. Aku juga yakin aku mampu melaksanakan tugasan kali ini. Turun daripada kapal terbang aku disambut oleh dua orang pegawai. Seorang dari Barisan Pembebasan Moro (MILF) dan seorang ketua Pasukan Pemantau Antarabangsa (IMT), Malaysia.  Aku diminta pulang ke Malaysia keesokkan harinya oleh pegawai IMT. Seperti yang diberitahu nyawa lebih penting. Namun aku kuatkan hati bersama dengan rakan semisi ini. Untuk terus juga berada di situ.

 
Dari kena hempuk dengan bos dipejabat biarlah kami survive di sini dahulu. Tidak mungkin kami kembali dengan tidak ada story ditangan. Itu lebih hebat penangannya.
Jadi sehingga hari ke 4 kami berlegar-legar ke disekitar bandar Moro. Kami jumpa pelbagai cerita sedih dan harapan rakyat Moro yang sudah dijajah sejak 500 tahun yang lalu. Terkadang aku berfikir sendiri, alangkah bahagia tinggal di Malaysia. Namun masih ada yang menyokong pemberontak dan mahu mempertikai wira negara. Hantar aja mat tu ke sini. Baru ditahu tinggi langit.
 
Antara paling aku gerun di Moro ialah :
 
1. Setiap dari penduduk Moro memiliki pistol persendirian.
2. Kes penculikan yang tinggi.
3. Kes tembakan rambang.
4. Pertempuran antara tentera kerajaan dan MILF. Dan mangsanya individu yang melintas dikawasan itu.
 
Namun aku redha dan berserah kepada tuhan. Kerana penulis  tanpa perjuangan tiada hati. Ini kata-kata yang aku petik dari penulis novel terkenal iaitu Habiburahman El Shirazy.
 

Gambo lama tu...

 
Tapi bila mendengar berita sebegini aku sendiri tersedar betapa mak aku sayangkan aku. Kalau apa-apa jadi sakit jantung dia. Luv u mom!
 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s