Ditanya banyak kali.


Saya ditanya banyak kali oleh rakan-rakan yang prihatin dengan perasaan saya untuk hari raya tahun ini.

Soalannya ialah : ‘ Ini kali pertama kali beraya tanpa ayah, bagaimana nantilah perasaan kamu ya’.

Jawapan aku ialah tidak boleh digambarkan perasaan itu. Tidak ada perkataan bagi mengambarkan kerinduan seorang anak kepada ayah yang telah pergi.

Kesimpulannya ialah hanya doa dititipkan untuknya pagi raya.

Menziarah kubur sudah pasti. Membersihkan rumput yang mungkin sudah tumbuh meliar.

Jika setiap pagi raya, arwah abah akan bertakbir di dalam rumah, memecah keheningan pagi.

Lekas sahaja langkah arwah untuk ke masjid untuk mengatur segala persiapan sebelum jemaah sampai.

Dan dengan segera pulang ke rumah untuk bermaafan sesama anak-anaknya.

Satu yang pasti, kami yang kurang berdisplin akan dengan segera bangun untuk bersiap cantik dan bersalam bersama arwah.

Tapi tahun ini pasti – suasana lebih sedih rasanya. Mengubati hari sedih hati emak pastinya.

Mengubah cerita sedih kepada cerita gembira itu sudah pasti.

Walaupun aku bukanlah anak yang solehah tapi aku percaya. Aku adalah favourite mak. Dan pasti aku akan ceriakan mak lebih dari anak yang lain.

Cuma mak boleh ker ceria?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s