Hari INDAH


Sejak duduk dalam bidang penyiaran- sukar untuk saya tafsir hari indah.

Hari indah sukar untuk dicari.

Selalunya hari indah sengaja dicipta untuk menceriakan suasana yang tegang. Seperti celebrate untuk kemarahan yang diterima. Huh! beratkan.

Namun dua, tiga hari lepas, saya lalu hari-hari indah. Hari yang saya tidak cipta dan reka, tetapi ianya datang sendiri. Ia saya rancang untuk bersama keluarga tercinta untuk weekends.Saya berjanji untuk membawa anak buah berjalan-jalan dan tengok wayang.

Alhamdullilah. Semuanya terlaksana. Semua orang gembira dan hari itu indah.

Gimme 5

Untuk anak buah saya, Anis yang pertama kali menonton karton diskrin besar.Dia sangat berasa kagum. Kagum dengan audio dan visual yang disediakan untuk  tiket yang berharga RM 10.00. Dan dengan modal RM 10.00, pasti dia akan menjadikan itu pengalaman paling terindah ketika umur 6 tahun. Begitu juga dengan abangnya. Yang sangat gilakan karton dan game. Tersengih-sengih dan menjerit dengan kuat apabila menonton Kung Fu Panda 2.

Untuk yang lain- menonton itu pekara biasa.Cuma yang membahagiakan apabila aku pulang dan membawa mereka bersiar-siar.

Esok hari. Juga hari indah apabila – adik beradik mengambil sarang burung tempua, dibelakang rumah yang banyak semak samun. Dengan bersemangat aku, abang ipar dan kakak sulong aku menjolok sarang burung tempua. Riuh rendah petang kami. Kami membawa pulang bukan dua tapi tiga sarang burung ini. Dengan harapan mahu menghadiahkan sorang satu untuk setiap rumah.

Camnelah bentuk sarang tu.

Paling trajis dalam sarang itu ada tiga ekor anak burung yang baru menetas.. masih kecil dan belum buka mata. Dengan rasa kesian kami menyangkutkan semula sarang itu. Mungkin bagi kami itu hari indah. Tapi bagi ibu burung tempua. Itu hari paling tragis.. bukan INDAH ya!

2 thoughts on “Hari INDAH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s