Selamat Hari Ibu


Hari ini hari Ibu …kalau cakap omputihnya Mother’s Day.

Jadi dua tiga hari duk tertanya — sejak bila dan kenapa ada hari Ibu…jadi cebaca kat bawah nie ..

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai “Mothering Sunday”. Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Tapi bagi aku —- tidak kiralah hari Ibu ini adalah sejarah dan punya konflik antara agama. Sememangnya perlu ada hari menyambut hari ibu… Ada ramai yang akan kata hari-hari adalah hari ibu . Benar. Tapi di dalam kesibukan mengejar masa dan kerja yang bertimbun dan rasa stress yang perlu dihandle, kadang kala kita terlupa meraikan ibu.

Perlu juga hari sebegini kerana peringatan kepada jasa ibu dibuat dengan announcement di radio dan ditv.  Jadi yang sedang dalam perjalanan ke ofis ke assignment, shopping akan teringat kat ibu. Ada yang mungkin akan bercerita mengenai kehebatan ibu masing-masing bersama kengkawan dan juga jiran tetangga. Betapa anda itu, sangat sayangkan ibu, dan ibu sayangkan kamu.

Nak cerita pasal ibu @ mak aku nie. Dia biasa-biasa aja kalau dilihat orang. Tidak sekolah tinggi dan tidak berapa sangat membuat keputusan popular dan paling best tidak pandai untuk memandai-mandai.

Mak aku ini – tidak habis sekolah, jadi bila orang tidak habis sekolah ini – dia akan sentiasa bertanya dan bertanya pekara dan benda yang pelik bagi orang yang sekolah tinggi ataupun habis sekolah.

Sampai disuatu masa, soalan emak membuatkan kami adik beradik terkejut. Antaranya – Mak nak makan chicken chop. Aku terperanjat dan terus order makanan dia. Rasa pelik bila dia pandai menyebut chicken chop. Kami satu meja tersenyum simpul bila emak pandai makan benda baru.

Walaupun emak orang lain, kreatif, sekolah tinggi dan mungkin pun skill yang jarang orang ada. Tapi aku tetap bangga dengan mak aku. Kerana dia, telah membesarkan 5 orang anak, sehingga masing-masing punya hidup sendiri. Mampu bersaing dengan keadaan semasa. Mampu untuk hidup tanpa bergantung kepada orang lain. Dan paling penting 5 orang anak emak ini juga dipelihara dengan baik sehingga masing-masing tumbuh membesar tanpa mengidap penyakit berjangkit. Hehe.

Walaupun mak tidak ada blog dan tidak akan membaca blog aku — dan walaupun dia tak ada facebook – aku percaya, dia juga sangat tahu aku sayangkan dia.

Mak adalah segalanya. Terima kasih untuk segala doa mak yang dititipkan untuk aku dan yang lain.

Semoga mak akan sentiasa happy tanpa yang ada abah. Dan Insyallah selagi aku mampu menyenangkan mak . Insyallah aku usaha untuk yang terbaikkk untuk emak.

SELAMAT HARI EMAK.

4 thoughts on “Selamat Hari Ibu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s