Enam hari di Jakarta… dengan panas serta jammed yang melampau..
Mungkin stress dari segi psikologi.. dicampur dengan kurang makan… kerana banyak masa dihabiskan untuk mendahulukan kerja-kerja yang ada menyebabkan saya .. sakit perut dan terasa letih apabila tiba di negara saya yang tercinta ini.
Setelah terlihat pesawat Air Asia itu… tengok tercakap Indonesia aku nie… hati terus gumbira … yeyeh mahu pulang sudah…
Hari terakhir saya di Jakarta dan sebelum berangkat pulang … saya sempat menjamah sarapan pagi sementara menunggu jurukamera yang sering lewat… hehehehe. Setiap hari tugas saya ialah membuat wake up call.. serius tidak adil! kerana mereka langsung tidak ada usaha untuk bangun sendiri…
Dua hari tiba di Jakarta… setiap hari lebih dari 30 wake up call yang saya buat.. dan rupanya telefon di dalam kamar mereka rosak.. damn! sekali lagi saya bicara bagaikan orang Indonesia… kamar / sepatutsnya bilik tidur… saya rasakan bahasa Indonesia itu lagi bagus daripada bahasa Malaysia… lebih cantik dan halus jika diteliti…
Ini diakui oleh Kak Paulline sebelum dia berangkat ke South Africa… katanya bahasa Indonesia itu lebih halus berbanding bahasa Malaysia.. benar saya rasa.. tapi saya tetap bangga dengan bahasa sendiri….
Tugasan kali ini .. saya dipertanggungjawab membawa pulang 3 episod dari Jakarta… tajuk episod itu ialah perkembangan filem Islam Indonesia dan Dakwah Moden Melalui Musik.
Jadi untuk kedua tajuk itu saya perlu menemuramah stars – seperti Oki Setiana Dewi, Kholidi dan Habiburahman El Shirazy sebagai penulis novel dan skrip filem Ketika Cinta Bertasbih.. untuk musik saya menemuramah Opick dan kumpulan DEBU.
Nyata saya paling tertarik dengan Oki Setiana Dewi… dia yang baru berusia 22 tahun ketika berlaku filem Ketika Cinta Bertasbih punya perwatakan yang menarik… dengan kecantikan dan kebijaksaan berkata-kata di dalam umur seperti itu membuatkan saya teruja.. masakan tidak saya bagaikan berhadapan dengan seorang wanita yang mungkin sudah berumur 30an … bukan remaja yang baru mengenal dunia glamor..
Oki yang sedang giat membuat promosi buku yang ditulisnya iaitu Melukis Pelangi … juga adalah seorang bekas model… dia yang nekad memakai tudung kerana beberapa sebab … antaranya berniat kepada tuhan untuk memakai tudung kerana jika itu akan menyembuhkan sakit ibunya… sakit kulit..
Dia sudah bekerja membiayai persekolahannya dengan menulis cerita-cerita kehidupan seharian dan dijual kepada rakan-rakannya… dan novel melukis pelangi itu adalah cacatan diarinya…
Ketika saya memasangkan klip mic di tudungnya – dalam hati kata… cantiknya kamuuu ini…sungguh.. dengan watak Ana Atafun Nisa.. ternyata tidak banyak beza antara dia…
Antara kejayaan Filem Ketika Cinta Bertasbih ialah pelakonnya … untuk memegang watak tersebut selama 3 bulan audition dibuat.. kemudian antara syarat wajibnya ialah wanita bertudung dan perlu boleh mengaji… dengan skrip yang sangat baik ditulis oleh Habiburrahman @ Kang Abik … filem ini terus menjadi box office..
Saya paling menghargai tandangan.. dan ingatan yang ditulis Kang Abik kepada saya… katanya teruskan BERKARYA…dan tips untuk menjadi penulis yang baik ialah menulis.. menulis dan terus menulis…
Insyallah katanya..
Selama 6 hari saya di Jakarta .. setiap hari calltime saya ialah pkl 6 pagi.. dan ada yang 5 pagi.. ini untuk mengelakkan dari jammed… ya ampun bagaimana jika saya bekerja di Jakarta… rasanya mahu tidur ofis agaknya saya ini…
Kata orang tempat jatuh lagi dikenang.. apatah lagi tempat sendiri.. itulah dia…
Capek dehhhh…. aduhh sakit perutttt…. gara-gara saya makan tauhu jalanan nie… hurghhhh…