9/10


Semalam, saya dinner bersama teman-teman rapat.

Teman ini saya anggap bagaikan saudara. Kerana ialah hidup merantau, jauh dari keluarga. Jadi segala masalah dan masa dikongsi bersama. Walaupun kadang kala ada terkecik hati ataupun terlaser -rasanya semuanya untuk kebaikan bersama. Kalau ada yang tak nak hambik pot dengan segala bagai nasihat. Itu terpulang.

Dinner di Bagan Lalang? Bagan lalang? Yes… disebuah entah lokasi yang tidak pernah terfikir untuk aku pergi makan. Perjalanan rasanya kurang daripada 2 jam tu- terasa jauh bangat. Kerana sepanjang perjalanan hanya ada kelapa sawit… sedang dalam hati sedih mengenangkan peristiwa semalam… aku ikutkan juga projek makan di Bangan Lalang.

Sedang dalam terbaring – sedih- mengenang nasib dirila konon. Aku terus bangun dan katakan, personal is personal. Ini kawan. Kena pergi. Terusssssssssssssssssssssssssssss saya bangun lelaju mandi.

Rupanya lokasi dinner di Bangan Lalang ini punya ramai orang datang makan. Dan paling menarik dan mungkin aku sorang sahaja yang tidak pernah tahu ada hotel 5 bintang di Sungai Pelek , Bangan Lalang ini!

Ini dia – GOLDEN PALM TREE SEPANG. Walaupun tengah malam tu tak nampak sangat building yang diaorang buat kat tepi laut nie.. tapi aku teruja melihat signboard yang tertulis hotel 5 bintang ni.

Ada macam kat Dubai tak??? wahhh... i like.

Aku tanyakan Baby Alin, yang pernah ke sini.. katanya semalam RM 700 hinggit oke. Emmm katanya yang hendak berhoney moon boleh ke sini. Dengan RM 700 tu berbaloi ka ? Nak tidur atas air macam nie … dengan RM700 mungkin kalau gaji aku RM 15 K kot. Ahaks. Amin.

Best ker tido sini???

Lepas dinner .. dengan makanan yang banyak atas meja.. ada ketam, ada sotong, ada ikan-ikan, ada lalalalalalalala.. ada sayur… kami terus mahu membeli pelbagai makanan laut yang segar… dan aku beli lalalalalala.. dah masak pun.. entah taram aja rasanya..ahaks.

Nyum Nyum

Dan dalam perjalanan pulang– aku hanya terdiam… dan soalan daripada seorang kakak yang punya anak yang cantik ini…

‘Ina, kenapa diam dari tadi,’ curious dia nak tahu.

Kerana dalam kekenyangan perut dan rasa mengantuk itu. Aku telah mencuba untuk membuka hp dengan menaip lapan kali password yang salah… tak tahulah keypad ker yang rosak, hp ker yang biul.. dan aku sangat yakin yang aku tekan betul.

Dan kali yang ke 9/10… aku menekan terus blok… kesan daripada itu hp kena Wiping dan segala num tel hilang.. apala nasib ko belalang.

Dan kata seorang kakak ini – Kalau exam da dapat A sebab dapat 9/10… hurghhhhhh pedih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s