Mencabar diri.


Jarang saya menulis panjang lebar- mengenai pengalaman semasa membuat tugasan diluar negara mahupun dalam negara. Tapi sungguh bagi saya jika diassign membuat tugasan diluar negara pastinya – kita akan mempunyai pengalaman yang lain dari yang lain. Semangat tempur apa sahaja yang berada dihadapan – asalkan selamat- asalkan bahan dapat- segalanya mesti dilaksana sebelum pulang dan membentuk sebuah episod yang menarik untuk disiarkan.

Pemilihan bahan juga sangat penting. Angle mana yang mahu dicover. Paling penting elakkan dari isu sensitif yang boleh menyebabkan kita dan syarikat akan disaman oleh mana-mana pihak. Pengalaman pertama diluar negara ialah di Bosnia Herzegovina. Ketika itu saya bertugas sebagai seorang penolong penerbit.Pengalaman pertama itu sebenarnya banyak mengajar saya dengan pelbagai pekara. Antaranya perlu bijak berkomunikasi sesama rakan kumpulan, jika tidak ada sabar mahu ada yang bergaduh dan damai perlu ada sepanjang masa berada dinegara orang. Jika diikutkan hati, kan mati. Tapi jika semua tim semua satu kepala lagi bagus. Tidak ada pekara berkecil hati, tidak ada pekara bangkit membangkit. Aman aja dinegara orang.Ini negara sudah abis perang tapi orangnya masih berperang dengan perasaan marah dan rasa panas dengan segala keadaan. Bak kata orang buat bodoh aja. Tapi kena buat pandai sebenarnya.

Masalah paling besar bagi saya ketika itu ialah dengan bahasa pengantar saya yang teruk. Susah benolah nak tergeliat lidah cakap omputih. Kan senang kalau sekolah orang putih dulu. Mesti macam air aku cakap. Ini da diam aja. Orang cakap faham nak balas balik hampeh… rasanya baik diam. Kalau tak pun buat bahasa isyarat. Hambik ko.

Masa tu kenalan di Bosnia namanya Merima sangat baik oke! Bersungguh dia membantu mana yang perlu. Bayar pun bayar. Rasanya tidaklah mewah sangat bayarannya. Tapi mungkin Merima ni pun ikhlas nak membantu somemore kita nie orang Malaysia. Jadi bersungguhla dia mengupdate apa sahaja yang tertulis kat itenary tukan.. hahahahahah. Pengalaman di Bosnia itu sungguh indah. Sehingga sekarang saya masih terbayang keindahan bandar Sarajevo bandar lama dan Mostar yang sungguh memukau. Itu pengalaman di negara yang sudah aman. Tidak apa yang perlu digusarkan. Cuma content program aja yang perlu dijaga!

Di Selatan Thailand- lain cerita. Ini cerita ngeri beb… Lokasi yang kalau dicerita pada kawan-kawan mahu ke sana, mau dikata gila! tak ada tempat lain agaknya. Tapi saya rasa dengan tekanan yang ada, pastinya ada sesuatu disebalik itu. Apa kata kita cuba nasib.Sepanjang perjalanan saya bersama krew, terlihat perasaan dan muka berubah ubah setiap kali bertembuang dengan tentera dan hari semakin gelap. Hambik! Sayapun takut gak sebenarnya.

Di Selatan Thailand – saya berjumpa dengan beberpa orang anak muda lepasan Universiti yang memperjuangkan nasib dan masa depan masyarakat di tiga wilayah konflik Yala, Narathiwat dan Pattani. Antara pemuda yang saya rasa kagum dengan semangat perjuangannya ialah Chuya. Chuya adalah seorang pemuda yang lahir di Yala. Beliau tidak pernah gentar dengan ugutan dan segala macam ancaman yang diberikan oleh pihak yang tidak senang dengan usahanya.Kali ini saya bersama tim yang sekepala. Baguih. Tak banyak komen semua faham keadaan semasa.

Antara usahanya ialah membela nasib keluarga ditiga wilayah konflik ini yang ahli keluarga yang mati ditembak dalam keadaan yang mencurigakan. Jika ada yang mati di dalam tahanan tentera dan kematian itu diraguinya. Dia akan membawa doktor persendirian yang dibayar oleh ahli keluarga si mati untuk melakukan post mortem untuk kali ke dua.

Post mortem dilakukan selepas si mati dibawa pulang ke rumahnya. Kemudia Chuya akan merujuk kes tersebut dan buku aka report akan dibuat oleh peguam bela untuk kes bicara dibawa ke muka keadilan. Di dalam hati saya ? Mengapa terlalu berani disini? Chuya terlalu berani sehingga dia sendiri pernah ditorture kerana disyakki – menjadi punca konflik menjadi bertambah rumit.

Namun sepanjang 5 hari perjalanan bersama Chuya. Personally Chuya bukanlah ‘orang jahat’ bagi saya. Benarlah kata salah seorang guru agama di situ yang dikenali dengan nama Baba Yahya, Chuya punya semangat yang kuat. Dan Chuya adalah guide saya di Selatan Thailand juga.

Penelitian yang saya buat terhadap Chuya -Sedikit pun Chuya tidak merungut dan terlihat lelah mengurus segala jadual yang sudah dipersetujui antara saya dan dia. Dengan menggunakan bahasa Melayu campuran Melayu Thailand,kadang kala dia juga sukar mengerti apa kehendak saya. Bila saya mahukan cerita yang lain dari cerita sedih seperti pembanggunan di Selatan Thailand. Yang Chuya tahu hanyalah perjuangan rakan-rakan seuniversitinya yang membuka NGO yang lain. Nyata Chuya adalah centre untuk segala urusan berkaitan dengan hak asasi manusia.

Tika rakan yang pulang dari negara ini , hanya membawa handy cam – saya kuatkan hati membawa kamera besar. Sepanjang malam berkata – jika dirampas ini masalah ko Ina! Ko degil. Namun bagi saya tuhan itu tahu niat hati seseorang. Segala urusan juga dipermudahkan. Alhamdullilah.

Selama lima hari, dengan membawa pulang Nexto yang penuh diloading sebanyak 10 P2 card. Saya rasa ini visual yang paling mahal saya ada. Jika kesemua penduduk dan pejuang di Selatan Thailand punya fikiran semacam Chuya tentulah aman semuanyakan….

Saya fikir- saya juga tidak mampu dan seberani Chuya. Benar. Siapa yang tidak gerun melihat kematian dan pembunuhan yang sering kali berlaku.Doa saya amanlah Selatan Thailand.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s