TENGOK TV


Pagi ini saya bangun – tika otak saya kembali berfungsi aktif – terus saya teringat hari ini Sambutan Maulidur Rasul.

Terus saya switch onn tv dan tengok tv apa rancangan menarik sempena hari besar ini. MMMMM… at last saya buka tv3, pepagi hari ada Al Kulliyah.

Tajuk Kulliyah hari ini ialah – Pengorbanan Abadi.

Antara input yang saya paling suka apabila salah satu panel berkata , baginda Rasullah sangat mengkasihi umatnya sehingga saat akhir sebelum dia meninggal, bibinrnya tidak henti menyebut Ummati Ummati Ummati.. Umatku Umatku Umatku.

Walaupun kita jauh dari segi masa iaitu baginda pada abad ke 7 dan kita di abad ke 21, namun kita harus mengikuti sunnahnya- antara sunnah yang sangat simple ialah menggunakan tangan kanan. Itu sunnah baginda rasullah.

Saya juga mendengar salah satu panel jemputan yang berkata – Pernah rasullah menangis ketika bersama sahabat –sahabatnya.

Ditanya sahabatnya mengapa menangis ya rasullah.

Jawab baginda – aku merindui umatku – yang mengikuti sunnahku walaupun tidak pernah melihat mukaku ini.

Nikmat paling besar – berkat doa Nabi Ibrahim,, maka lahirlah baginda Rasullah – dan kita perlu ingat baginda adalah contoh terbaik.

Kata panel sukar untuk melihat manusia itu menangis merindu rasullah.

Apa sebabnya ? semangat dan amalan berkorban untuk beragama menurun dizaman akhir berbanding zaman sejarah. Antara sebabnya sayang kepada Allah dan rasullah belum berjaya dan bersemadi dalam kita – sepatutnya kita akui .

Ya Rasullah.Ya Rasullah.Ya Rasullah.

 Terus menonton sehingga Jejak Rasul  dalam tajuk Muhammad Utusan Terakhir– ada input yang saya suka, diantara dua bahu ada tanda bujur di badan rasullah saw, tanda ini meyakinkan salah seorang pendita yang baginda adalah utusan Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s