Catatan Pagi Ini.


Pagi ini.

Saya bangun pagi. Serius pagi sungguh. Pagi yang rasanya pukul 7. Pagilah sangatkan.Hahahaha.

Kemudian melihat diluar tingkat. Wahhh jammnya pepagi hari nie menuju ke ibu kota cinta. Buka tv. Tutup balik.Dalam hati kata. Tidur semulala.. pagi lagi nie.

Tapi tak boleh lelap.  Fikiran melilau… memikirkan kerja untuk hari ini.

Ada dua episod dalam satu masa. Tidak berat sangat tugasan hari ini. Cuma memastikan substitle untuk Episod Bangsa Moro dan ending credit untuk program sendiri.

Maka ada dua skrip yang perlu disiapkan lagi.

Atur cara- merekod vo guide untuk Ep 2 Moro. Kemudian perlu research untuk new program. Kemudian saya melihat-lihat tarikh penting dalam kalender. Kalender depan mata saya belek beberapa kali… terasa hows time fly so fast. .. baru aja saya melihat seorang penganalisis jenayah di TV Al Hijrah. Yang bulan yang sama tahun lalu saya menemuramahnya tetapi dia tidak angkat call saya kerana dia demam. Sedangkan krew sudah terpacak dihadapan pejabat dia.

Dalam hati kecil saya kata … huh! ko lagi.

Saya sedikit marah hari nie kerana intern saya tidak reply message penting saya. Saya tanya kenapa tak balas. Dia jawab- saya faham apa nak buat. Tersenyum dia. Tapi saya tidak senyum. Dia tahu saya marah. Dia terus kata – nanti sat lagi saya bagi akak research itu.

Petang sebelum maghrib- saya ada sedikit selisih faham dengan rakan sekerja – rakan lama – tapi sekejap aja. Tidak sampai 30 minit kami berbaik. Kata orang tidak baik untuk simpan di dalam hati. Sungguh saya tak simpan. Saya laser sebab saya rasa penting dan perlu dilakukan segera mengikut keadaan. Kemudian yang paling best – ada meeting dalam meeting bos kata saya bersama dia akan produce dalam program yang sama. huhu. Ada berani kawan? Kita lalu pengalaman ngeri di wilayah bergolak- kita tidak berselisih faham . Di negara aman, negara kita- kita tidak bersefahaman. Dalam hati kata jika ke negara perang lagi bagus pemahamannya.

Hahahaha. Kelakarkan.

Malam sedikit. Saya terasa sakit kepala dengan pelbagai perangai orang.

Jadual kerja saya masih ada yang hang. Contoh saya hanya menulis intro untuk dua story yang satunya berdurasi 15 minit dan satu lagi 25 minit.Saya perlu menyemak semula jadual pencarian hos untuk program baru saya. Jangan jumpa yang entah apa-apa buat pening kepala saya. Saya mahukan yang mahu dan minat kerja broadcast. Saya tidak mahu yang mahu diva aja.

Nak diva .. pegi kedai diva tu .. ada kat Mid Valley .. la wey!

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s