Mom i luve u soooo much


I cant imagine how can i live without a woman …. yang saya panggil mak.

Mak oooo mak… mana mak nie…

Makk …. makk…. makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk… ini antara suara yang akan kedengaran diwaktu pagi bila mak saya hilang dari padangan mata saya… dan bila dia meninggalkan saya untuk ke pasar bersama abah saya.

Sehingga suatu masa.. emak dan abah  tidak menghidupkan enjin kereta kerana bimbang dan tidak mahu saya terjaga dari tidur dan terus berlari mahu masuk dalam kereta.

Sehingga rasanya umur saya 10 tahun.. saya ini akan berteriakkan memanggil mak saya jika dia tiada.Sehingga suatu masa juga… mak saya kata- ko nie kalau aku mati- ko korekla kubur aku… asyik asyik panggil mak.. asyik asyik mak… rimassla aku nie.. hahahahahha.

Kelakarkan.

Cuti raya Cina. Saya hambik kesempatan bertemu dengan mak dan ahli keluarga yang lain. Seperti biasa. Gurau senda… laser melaser.. sudah jadi kebiasaan. Berkumpul dalam satu bilik berhimpit-himpit sehingga nak berpaling pun payah… ini dinamakan mesra… hahahaha.

Berebut nak main fb... abisla aku disabotaj.

Bagi anak buah yang sedang tumbuh membesar itu. Berlainan topik yang dibincangkan. Ada yang saya dengar-dengar cerita pasal boyfrends… yang kecil bercerita pasai game.. yang seniorita bercerita pasai harta .. halah!!!

Bila hp saya dirampas... Dont captured me- Rynnn

Luv me - Luv u

Aku cerita pasai kerja.. dan kerja…

Disound.. hidup kau membosankanla…boom!!!! booom pow!

Ermmm takpala. Asalkan hidup saya ini tidak meminta-minta. Itu da membahagiakan semua ahli keluarga.

Kenduri 100 hari arwah abah. Semua persiapan disediakan kakak-kakak saya yang rajin dan pandai memasak sambil mulut tak henti-henti membebelkan ada sahaja yang tidak kena. Saya ini sekali lagi disound Kak Long saya kerana terhegeh -hegeh untuk bangun dari tidur.

Sebab saya sangkakan kenduri arwah pada sebelah malam.Rupanya sebaik sahaja solat Jumaat. Damn! Saya terus cepat-cepat potong daging oke! dengan pisau yang tumpul .. saya kuatkan semangat memotong sehingga gumpal-gumpal daging yang berlemak bersama dengan anak buah kesayangan saya. Nadia.

Usik usik saya dengan dia… kamu nie kecil dulu.. disorong sorong … di dalam baldi. Arwah atuk selalu memarahi busu kerana perbuatan yang dibuat itu akan membuatkan kamu itu tidak henti-henti ketawa sehingga suatu masa kamu akan mengigau kerana gembira sangat kot.

Ketawa kecil anak buah saya ini.

Ketika jam hampit 1.30pm… mak saya ini bersiap-siap untuk menyambut saudara mara yang datang untuk membacakan tahlil dan surah Yassin… saya yang terbaring terhidu wangian yang harumnya … haruman yang sama ketika ada majlis special .. haruman yang sama ketika emak saya ini pulang dari mengerjakan haji.

Mak dan arwah abah mengerjakan haji ketika umur saya empat tahun. Sepanjang waktu itu, saya ini dijaga oleh kakak-kakak yang garangnya ya ampun!

Berbalik kepada cerita minyak wangi itu, saya pun menegur dan mengorek rahsia emak saya ini.

Saya tanyakan mengapa wangian ini sentiasa ada dengan mak untuk majlis tertentu. Dan kenapa baunya sama sahaja ketika mak pulang dari tanah suci.

Bila difind out- rupanya sudah 25 tahun mak saya menggunakan minyak wangi ini. Dan selama 25 tahun itu juga minyak wanginya itu tidak habis-habis. Digunanya sedikit sedikit… dan sehingga hari ini masih ada lagi minyak wangi itu.

Ya ampunnn.. punyalah emak saya ini seorang yang berjimat cermat dan setia orangnya dengan wangian ini.

At last.. Insyallah mak, jika saya ini menjadi tetamu Allah SWT ke tanah suci .. saya pasti akan belikan minyak wangi yang sama ataupun lebih wangi dari itu.

Kata mak saya – setiap kali memakai minyak wangi ini- terasa dia bagaikan di hadapan kaabah. Terasa arwah abah juga bersama dia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s