KAU BANGSA MORO YANG DILUPAKAN


Alhamdullilah setelah 5 hari – berada dinegara orang yang berkonflik .. akhirnya saya selamat, tersenyum dikerusi dan meja ofis saya ini…

Safenya Malaysia ini.Banyak benar kenangan dan juga benda baru yang saya belajar di dalam tugasan kali ini..

Touch down. TERUS ke ofis.  Satu perasaan yang sangat menakotkan dan membimbangkan lebih daripada berada di kawasan konflik…( back to the main story)— huhu

Hari pertama di Cotabato – tim kami disambut dengan senyum lebar dari pegawai MILF bernama Rashid dan juga Komander dari IMT ( International Monitoring Team) serta Professor Taha ( guide kami)… puas kami mendengar penerangan dari IMT dan juga Prof Taha.. pedih telinga jugaks. Tapi kami layankan sahaja.

Hari ke dua di Cotabato…panggilan dari bos di Malaysia untuk pengurusan LPF untuk Ep 9 saya … membuatkan saya tidak karuan…hanya badan sahaja dicotabato- fikiran saya sudah berada diofis … membayangkan bagaimanalah keadaan itu… team member lain takot dengan askar .. saya pulak takotkan episod tidak delivered..

Namun saya tetapkan hati- berserah dan berharap- intern yang saya brief untuk segala proses dari A sehingga Z dalam pembikinan program sehinggalah siaran dapat handle sementara saya tidak ada disitu.

Perjalanan dari Manila ke Cotabato sehingga hari ke empat- memang mencabar.

Jika ada yang bertanya – bagaimana dengan keadaan disana. Saya akan berkata macam biasa. Sama seperti keadaan di Selatan Thailand. Setiap 200 ataupun 300 meter akan ada roadblock untuk kawasan redzone.

Cuma diCotabato keadaan sangat seram kerana – saya membawa orang Amerika… hahaha… bukan askar tetapi membawa seorang cameraman yang iras-iras mat saleh…abis dijeling tentera Filipina.

Paling membuatkan telinga saya rasanya sakit dan menakotkan saya ialah ada yang menakot-nakotkan… memperkata mengenai kes bom, tembak, berapa jumlah dan statistik kematian serta kes kidnap.

Jadi disetiap perjalanan itu – kami sentiasa berhati-hati. Jika ada yang bercakap tagalog ataupun magindanao saya hanya akan senyum dan paling kuat .. saya akan kata Malaysia .. im malaysian.. im malaysian…

Bangga saya .. apabila bila menyebut Malaysia .. penduduk di situ- terus mahu bersalam dan tersenyum lebar…

Antara guide yang selalu menemani kami sekiranya dia tidak sibuk menyain dokumen disekolah memandunya- ialah Profesor Taha. Baik orangnya… memudahkan perjalanan  kerana dia boleh berbahasa Melayu – Sabah.

Prof Taha ini mengajar Sosiologi.. History dan beberapa subjek lain di HigH School disini… dan sekarang dia antara orang kedua terbesar di sekolah memandu yang dinamakan LTO.

Jadi kunci Prof ini. Semua driver dia kenal oke! huhu. Jangan memain. Katanya askar pun datang pada dia untuk tangkap orang yang melanggar kesalahan dijalanraya.

Fuyoooo cayalah Prof Taha! kekadang kelakar gak!

Jadi senang kerja kami. Dari lokasi ke lokasi yang lain. Kami diperkenal dengan penduduk Islam. Dan paling ketara apabila kami berjumpa anak muda, mereka semuanya mahu menjadi askar MILF…

Ketara mereka BENCI dengan kerajaan Filipina.

Perjuangan anak muda bangsa Moro yang tetap mahu memerdekan tanah dan hak bangsa Moro!

Saya diinform untuk membeli M16 dan juga lesen di Cotabato hanya RM3 ribu sahaja

Kesan dari pergolakan dinegeri yang berperang dengan pelbagai kuasa besar selama 400 tahun… menyaksikan bangsa Moro hari ini hidup terkebelakang dan tidak selesa.

Kesan dari itu- ekonomo mereka merundum…

Kesan dari itu – pendidikan menjadi pekara ke empat ke lima… bukan pekara penting.

Perjanjian damai 9/02/11 dinantikan oleh semua bangsa MORO

Perjalanan saya – bertemu penjual ikan di pasar Baksakan – pertemuan bersama dengan pemandu yang juga anggota MILF  – 1st diver yang tersengih dan mirip muka ayu editor fm – sehingga berhadapan dengan imigresen yang kerek memang tidak dapat saya lupakan…

Kesan perang tidak terlihat disini. Namun kesempitan hidup - bukti kesan dari pergolakan di Selatan Filipina

Namun…

Sepanjang perjalanan dari Manila ke Kuala Lumpur…terlalu banyak pekara yang saya recapt dan perlu diambil tindakan segera. Bukan sahaja nasib dan masa depan bangsa Moro yang perlu berubah..tapi paling dekat ialah nasib dan masa depan saya. Saya perlu buat keputusan drastik dan lekas-lekas mengatur langkah.

Kerana saya tahu masa tidak menunggu .. dan menunggu apa saya ini… saya perlu terus berjuang demi masa depan saya …

Pertama … kerja dan saya.

Kedua… kehidupan sendiri dan saya.

Ketiga…. keluarga dan saya.

Empat …. masa depan dan saya…

Lima … saya dan masa depan saya…

Enam … saya dan ibu saya.

Tujuh .. ..saya dan masa lepas saya..

Lapan … saya dan masa ini saya…

Sembilan … saya dan saya…

10… saya dan dia.

Pikir punya pikir .. sehingga membuatkan saya terlupa dan tidak ambil pot untuk apa sahaja yang diperkata oleh rakan ataupun mereka di dalam pekara yang kurang penting…

Dan saya selalu bertanya kadang kala tiga ataupun empat kali … untuk pekara yang sama…

Saya dicop – otak ikan emas.. aka short term memori lost – kurang asam.

2 thoughts on “KAU BANGSA MORO YANG DILUPAKAN

  1. hebat pengalaman cik syafinah, dalam usia yang masih muda sudah ke sana ke sini

    ya, kekadang konflik jiwa lebih menakutkan daripada konflik senjata

    konflik senjata, peluru adalah penamatnya…tapi konflik jiwa bagaimana pula?

    apapun persoalan nombor 10 lebih mencemaskan…bisa bikin perut yang memulas menjadi bertambah senak dan sebu!

    selamat membuat keputusan…baik untuk anda, baiklah untuk kami semua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s