Tumpang GEMBIRA.


Dua hari lepas- macam biasa, jika tidak keluar untuk time lunch saya akan tapau di kedai runcit yang menjual juadah tengahari di Pusat Islam ini.

Kira makcik kedai runcit ini masyukkla, sebab ramai yang datang beli makan sebab kat sini… tidak ada cafeteria sebab yang ada tengah renovation( yang entah berapa lama sejak Ramadhan da tutup ). Jadi  ketika saya  sedang memilih makanan. Saya terdengar rungutan seorang ayah kepada keputusan anak perempuannya yang mengambil PMR tahun ini.

‘Kamu tidak ada A pun, anak pakcik kita tu dapat 5 A pun , kamu nie macam manalah,’ rungut si ayah.

Tersenyum aja  anak manis pakcik itu.

Sedang saya pilih-pilih makanan yang dijual dengan tema lauk yang sama setiap hari, agak sukar saya untuk pilih yang mana satu idaman kalbu.Huhu.

Tika sedang sengal sengal  naik tangga ke opis yang rasanya macam gunung itu, saya berfikir mungkinkah salah anak itu tidak mendapat keputusan yang baik. Jika anak itu tidak gifted dan punya daya ingatan yang bagus perlukah menyalahkan dia kerana tidak mendapat keputusan yang baik.

SENARIO sekarangs saya lihat- kanak -kanak semakin bijak. Semakin yang ramai mendapat straight A. Emm mungkin disebabkan ibu bapa mereka  memberikan pendedahan yang baik dan kaedah pembelajaran yang bagus. Mungkin anak itu lahir dalam keluarga yang celik segala hal.

Jika ada yang dikampung mendapat A, mungkin kerana sambal belacan ker.. tempoyak .. ker cencalok ker … yang menyebabkan kanak -kanak itu cerdik. Sepanjang perjalanan saya mengingati semula apa yang saya lalui sepanjang zaman sekolah saya. Saya ini sering tidak fokus dengan segala hal pelajaran ini. Saya lebih suka subjek seni lukis. Saya lebih suka subjek Bahasa Melayu. Dan saya paling lemah subjek bahasa Inggeris.

Lagi pun saya ini bukan bersekolah dipekan. Saya sekolah dikampung yang semua orang cakap bahasa Melayu. Dan cikgu Bahasa Inggeris pun cakap melayu bila mahu menerangkan. Sehingga satu masa punya tidak faham bahasa Inggeris apabila menonton kartun saya meminta kakak saya translatekan apa yang karton itu kata.  Emak dan abah saya pun tidak sekolah tinggi. Jadi semua saya belajar sendiri.

Result untuk segala keputusan sekolah rendah saya . Sangat tidak bagus. Dan ketika itu juga kengkawan lain pun tak ada yang bijak. Kalau ada yang bijak hanya anak bangsa Cina aja. MELAYU tak ada. Setiap kali result keluar saya ini langsung diberi perhatian perkembangan positif saya.

DAN – Tika saya flash back segala hal dalam zaman sekolah saya, hari ini anak buah saya salah seorang pelajar PMR daripada  30863 pelajar yang mendapat 8 A.

Pecah record dalam keturunan saya agaknya ada yang dapat straight A. Hurghhhhh- pandainyerr.. kerana saya mengaku saya ini tidak sehebat dia. Mungkin berkat doa dan usaha kakak saya yang bertungkus lumus memastikan setiap anaknya cemerlang. Dihantarnya anak ke perpustakaan jika hari sabtu dan ahad… dan dibelinya segala buku latihan untuk memastikan ujian diberikan setiap hari.

Tahniah AIN. I luv u.

AIN.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s