Happy Birthday .. INA.


Mak saya kata saya ini lahir waktu pagi.. rasanya pukul 4am. Pengalaman mak saya mengandungkan saya agak unik.

Mak saya itu, berkehendakkan air soda yang dimakan bersama dengan biskut kering.. emmm. Katanya berbotol-botol air soda dibeli ketika mengandungkan saya.

Dia pun kehairanan kenapa? dan mak saya itu suka bersendiri – setiap petang dia akan berbaring dianjung rumah jiran saya sehingga dia lena tertidur. Sedar dia akan terus balik ke rumah untuk menyediakan makan malam untuk kakak dan abang dirumah.

Emak saya juga sangat suka bersiar-siar sehingga katanya dia terpaksa berurut ketika dihari-hari cukup harinya beranak. Katanya disebabkan dia selalu membonceng motor abah saya .. saya ini songsang. Dan alhamdullilah saya ini lahir dengan selamat.

Pesan arwah bapa saya- saat saya lahir, rumah sudah terbina dan segala kemudahan sudah ada. Saya ini lahir dengan segala tersedia. Dan usia kereta yang dibeli beberapa hari selepas kelahiran saya juga antara – waktu bahagia untuk seluruh keluarga berjalan dengan kereta.

Rumah dan kereta. Seusia dengan saya. Rumah yang semakin sunyi dan kereta yang kekdang distart itu juga seusia saya.

Entahlah. Mungkin diusia sebegini saya sangat bersyukur dikurniakan kehidupan yang menariks. Cabaran yang menariks dan juga rakan-rakan yang cukup menariks. Bermacam-macam warna  ada sepanjang hidup saya.

Setiap hari saya belajar benda baru. Benda yang kadang kala buat saya gembira dan kadang kala buat saya terasa sangat sedih.

Apa pun- disaat ulangtahun kelahiran saya ini. Saya sangat bangga punya keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa positif dengan saya.

Terima Kasih.

Tetiba pulak tersuka dengan lagu Anuar Zain. Semusim berlalu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s