Pagi ini.


Pagi ini saya dikejutkan dengan satu wake up call. Dan lebih terasa seperti dilempang dengan sms yang diterima daripada bos saya itu. Katanya bangun-bangun, kita mahu pindah ofis baru, jangan tidur lagi, kamu itu sudah lama tidur, jangan jadi Melayu malas.. jangan jadi Melayu yang kuat komplen aja.

Lekas saya bangun.

Saya memandu dengan laju… takut-takut saya ini lambat ke ofis untuk pagi ini. Pagi memang sukar  untuk mencari parking. Mimpi sahajalah jika ada parking waktu pagi macam nie..Dan menggunakan kecekapan menyelit diselekoh, bahu jalan mahupun memblok kete orang, saya terus parking dan pantas ke ofis.

Sampai dimuka pintu ofis… meletak beg dengan tergesa-gesa… meliar mata saya melihat rakan ofis yang lain tiada. Dalam hati kata wahhh awal aku hari ni. Dan dalam termengah-mengah itu, saya ditegur oleh penjaga stor, untuk pantas bergerak ke ofis baru CEO mahu berjumpa semua orang. Laaaaa saya lewat rupanya.

Arahan untuk sedia hadir ke ofis baru itu … membuatkan hati saya berkata-kata … Janganla ada apa-apa berita tidak senang. Kebarangkalian untuk pekara-pekara pelik mungkin akan berlaku. Paling merisaukan saya ialah apabila saya ini telah diberi tanggungjawab untuk menerbit program berunsur Islam dan takut-takut tidak ada unsur Islam di dalamnya. Mungkin saya ini jenis yang suka membuat tanggapan yang negatif sebelum pekara positif itu disampaikan.

Dengan pantas pagi ini, saya bersama rakan aka bos saya pun gerak dengan pantas… dari kejauhan saya lihat wahhh sudah ramai orang sudah berhimpun. Apakah speech yang akan disampaikan oleh Tuan CEO ini. Harapan saya biarlah ketua ini gembira dengan bahan yang kami-kami ini sediakan.

Seminggu sebelum bersiaran. Pelbagai short cut perlu dilakukan. Semua kerja AD HOC. Sehingga untuk kerja-kerja menyiapkan program diberhentikan seketika untuk memberi laluan kepada kerja-kerja memuatkan slot yang akan bersiaran itu.

Pagi ini. Saya mendengar ucapan dari ketua kami. Katanya ketika melawat sebuah stesyen tv di Dubai dia terlihat sebuah pokok yang menjadi simbol kepada perlambangan organisasi itu.Katanya pokok itu dilukis daunnya dengan nama staf yang ada. Katanya dipokok itu tiada pangkat membezakan sesama staf mereka. Itu adalah simbol kita adalah sama.

Perlambangan ini dihuraikan satu persatu. Katanya – kita ini memerlukan antara satu sama lain. Saya paling ingat ialah apabila dia juga berkata kita berdiri disini dengan izin Allah SWT.

Menyebut itu. Terus saya tunduk. Iya benar. Semua kerana izin Allah SWT. Tanpa izin dariNYA tidak mungkin saya ini akan berdiri dan sampai disini.

Untuk mengwujudkan sebuah stesyen Islam bukan mudah.Pastinya pelbagai sudut perlu dikaji. Lagi untuk perspektif dan hukum agama perlu diambil kira. Saya ini bukan ustazah untuk dijadikan rujukan. Dan saya ini juga bukanlah orang agama yang pakar dalam sesuatu bidang agama itu.

Tapi saya kira. Apabila saya ini berada di sebuah stesyen tv Islam saya perlu tahu apa itu sensitif dalam Islam. Apakah masyarakat akan menerima  bahan yang akan disiarkan. Dengan bantuan daripada seorang editor yang graduate dari Universiti Al Azhar saya berharap apa yang diberikan kepadanya dilihat – ada nilai Islam.

Tepat jam 3 petang. Waktu yang dinantikan oleh semua warga TV AL Hijrah.

Tapi saya masih berada diofis lama. Saya tidak berada detik tv ini bersiaran. Kebimbangan saya ialah program saya itu sendiri. 3.15 petang baru saya melihat dikaca tv itu. Saya lihat ramai orang disitu. Info yang saya terima ada menteri untuk melihat tv Islam ini bersiaran.

Untuk mengelak dari crowd ini – saya lari ke conti. Saya mahu melihat rakan yang baru bertugas sebagai studio director hari ini. Tapi saya bertembung dengan menteri ini. Aduhai. Lekas saya berundur sedikit memberi laluan.

Dan menteri ini melambai kepada kamera dihadapan kamera itu. Saya yang berada dibelakang kamera tersenyum sendiri.

Terus saya memerhati crowrd dari skrin diconti.

Ketika diconti.. saya diperhati oleh seorang rakan ofis. Dalam hati kata amendala budak ini. Apa yang tidak kena nie.

Dan dengan perlahan dia berjalan ke belakang saya.. dan menyentuh bahu saya.

Katanya- KAK, RAMBUT AKAK NAMPAK DARI BELAKANG, PANJANG JUGA RAMBUT AKAK.

ASTAGA- KALAULAH MENTERI YANG TEGUR, BARULAH SAYA INI DIHANTAR KE HR KERANA KESALAHAN TUDUNG ITU. AURAT INA OIIIIII…

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s