HILANG KAWAN.


Mungkin ada yang tidak senang dengan aku.

Mungkin ada yang kurang senang dengan aku.

Mungkin juga ada senang dengan aku. Yess. Biasalah manusia. Mana ada sempurna. Dari segi pergaulan bersama rakan . Tentunya ada sahaja pekara yang tidak sama dalam pemikiran.

Set pemikiran kita juga lain. Tapi kita ini tahu .. jika bersama kawan, apa yang kurang senang dan tidak selesa- kita sebagai kawan selalunya akan tahu apa perangai kawan kita. Aku ini mungkin kurang kawan sebab aku tidak banyak masa untuk keluar bersosial, aku ini seorang yang bekerja sehingga larut malam.

Jadi jika aku punya kawan. Mereka itu lebih kepada kawan bekerja. Sudah seharian bekerja tentulah mereka ini dijadikan kawan. Sebarang kemungkinan apabila berkawan atas sebab bekerja tentulah banyak pekara yang akan dibahaskan. Aku punya kawan yang pedas cakapnya, aku punya kawan yang supporting, aku punya kawan yang anginnya ya ampun… aku punya kawan yang bersahaja aja bila bercakap tapi makan dalam, aku punya kawan yang bergaduhla tentang kerja -melayangla pelbagai barang kerana marahnya tahap dewa tetapi akhirnya aku akan berbaik semula dengan kawan ini.

SEMINGGU yang lalu- aku hilang kawan. Ini bukan kawan kerja. Ini kawan yang aku anggap sahabat. Sahabat yang tidak ada rahsia apabila berbicara, sahabat yang aku kira aku sedikit pun tidak punya sebarang prasangka ataupun perasaan benci terhadap dia. Kerana aku tahu aku tidak ramai sahabat. Jadi aku anggap dia sebagai sahabat. Tika susah insyallah aku akan membantu jika mampu, tika sukar insyallah aku akan sampai kepada dia dengan pantas.. kerana sebagai sahabat aku rasa aku perlu berkongsi dengan dia apa yang dirasa tidak selesa dan membuatkan dia kusut.

Sekarang- segala apa yang saya sangkakan .. rupanya terbalik. Sahabat ini tidak langsung memahami aku. Sahabat ini dengan lantang bercakap buruk bersama sahabat baru dia. Baiklah. Kamu ada sahabat baru. Kamu ada semua yang indah bersama dengan sahabat baru.Kamu boleh bercerita buruk aku ini bersama sahabat lain. Tak apa.

Kerana suatu hari nanti kau tahu siapa sahabat kamu.

Biarlah hilang sahabat ini – tak apa , saya punya sahabat yang masih memahami saya. Dan terima kasih untuk segala masa senang dan ketawa kita dahulu.

 

One thought on “HILANG KAWAN.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s