SEJARAH.


Saya tumpang gembira untuk rakan-rakan yang berjaya membuktikan kepada orang diluar … bahawa bukanlah kita-kita ini orang yang asal ada sahaja. Kita bukanlah dibayar hanya untuk dapat duit gaji. Kerana setiap daripada kita bekerja dengan hati dan jiwa yang besar.

Tahniah !!! kerana Laskar Senoi telah memenagi Anugerah Dokumentari/Sejarah Terbaik di dalam Festival Dokumentari Malaysia kali ke -2.

Saya sememangnya tidak terlibat langsung di dalam pembikinan dokumentari ini. Namun segala kesukaran itu dapat saya lihat dengan jalan cerita melalui seorang sahabat yang terlibat di dalam doku ini. Betapa sukar untuk mendapatkan yang terbaik.Dan terbaikla yang diperoleh.

Saya menumpang gembira sahaja.Saya ini tidak ada apa-apa pun sumbangan di dalam doku ini.

Saya hanya ada kawan-kawan yang rajin bekerja dan selalu disalah ertikan apabila ada yang duduk berehat sebentar bersama kit kat kot. Dikata tidak bekerja .. dan dikata mungkin tidak produktif.. hemmmmmm… terbukti tidak semua makan gaji buta kot. Di salah ertikan apabila budak production itu tidak ada displin kerja … mereka tidak dilihat bekerja waktu bekerja. Salah ini semua. Mereka memikirkan hal kerja sehinggalah mereka lelapkan mata. Mungkin ada juga diantara mereka yang tidur pun sedang memikir tentang kerja.

Bagi saya …mereka pembuat doku adalah mereka inilah yang memperjuang sejarah untuk terus diingati.

Mereka inilah yang tidak tidur memikirkan sejarah tidak terus berkubur dan terus ingati oleh generasi akan datang. Betapa penting usaha-usaha untuk terus memartabatkan sejarah.

Usaha untuk kita tidak terus melupakan sejarah bukanlah hanya meletak monumen ataupun tulisan-tulisan di muzium sejarah. Ia lebih daripada itu. Tidak hanya dengan membukukan sejarah. Tidak hanya dengan adanya mata pelajaran sejarah. Tidak hanya dengan adanya slot HARI INI DALAM SEJARAH.

Lebih daripada itu, perlu ada kerja-kerja yang menjadikan segalanya terus ada dan menarik … tertarik untuk diingati oleh setiap yang ingin tahu sejarah.

Kerana berbalik kepada sejarah yang dibukukan… ia amatlah membosankan. Bagi yang tidak suka membaca, haram segala yang dibaca hanya untuk lulus periksa ataupun untuk tahu asal usul sebuah sejarah aja. Kita mungkin lebih suka untuk menonton sejarah yang disusun ataupun dipersembah dengan baik di dalam bentuk visual dan penyusunan muzik yang menarik.

Oleh itu sejarah tidak mati. Sejarah terus hidup dan terus dikenang.

Saya terjemahkan kemenangan doku ini adalah hasil kerja keras.. rakan-rakan yang cintakan sejarah dan tidak mahu sejarah buruk berulang.

One thought on “SEJARAH.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s