Mickey Mouse.


Aha. Tajuk tidak langsung ada kait mengait.

Hanya terfikir. Mengenai karaktor karton yang chomel benar …

Saya ini mahu bercerita mengenai lain pekara. Saya ingin bercerita mengenai kerja sukarelawan.

Mengapa … apabila kita berbicara mengenai kerja sukarewalan. Kita akan kata mereka itu berhati mulia.

Kerja Tidak mengira masa.Tidak mengira warna kulit dan agama.Hari ini saya bertemu dengan seorang sukarelawan …

Namanya Pete. Orang Scotland.Seorang saudara baru. Yang melihat setiap mereka yang ada dijalanan . Sebenarnya tidak mahu hidup sebegitu.Tiada rumah.Tiada harta.Dan tiada tempat bergantung harap.

Pete. Telah melakukan kerja amal dibawah REACH org sejak empat tahun yang lalu. Pete yang saya temui itu, sedang dalam perancangan untuk mendaftarkan NGOnya di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Endorsement untuk menjadikan NGO yang dianggotai sekumpulan sukarelawan yang menjalankan kerja-kerja dengan memberi makan secara percuma kepada peneroka bandar.

Saya ini telah beberapa kali membuat liputan mengenai kerja-kerja amal yang dilakukan oleh sukarelawan.Setiap daripada sukarelawan yang saya temui ..punya matlamat dan alasan sendiri mengapa mahu membantu mereka yang memerlukan.

Saya kira- mereka ini orang baik-baik.

Usaha mereka itu dilihat seperti membentuk satu garisan yang mungkin melepasi garis fikiran kita bahawa … sesuatu kebaikan itu bukanlah dilihat untuk hari ini. Kebaikan untuk memberi makan secara percuma kepada peneroka bandar yang terdiri daripada penagih dadah, bekas pelacur dan mungkin penyangak itu … akan mengelakkan daripada berlakunya lebih banyak kejadian jenayah. Kerana apabila sudah lapar mereka mungkin akan menyamun ataupun merampok untuk mendapatkan wang membeli makanan.

Saya ini mempunyai beberapa perasaan tidak senang dengan diri sendiri apabila membuat story kemanusiaan ini.

Kerana sukar ataupun sering kali  gagal untuk menzahirkan – kebaikan yang diperlakukan oleh sukarelawan apabila ianya dirakamkan.

Visual menterjemah 1000 perkataan. Dan kerana 1000 perkataan ini mewakili visual itu. Selalunya saya akan tertrap apabila berada dilokasi.

Pekara yang dekat dihati. Tetapi tidak dapat dilihat discreen kamera.Saya perlu memilih angle paling sesuai untuk menterjemah pekara yang merujuk kepada kebaikan.

Sukar. Jika tidak sedar. Sesebuah visual itu akan dilihat memaksa maksa penonton itu nanti untuk menonton pekara kebaikan.

Antara sukarela- paksa rela.Dua pekara yg mungkin ada samanya.

Gila mengantok saya ini.

Gotta Go.

3 thoughts on “Mickey Mouse.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s