Redha.


Bila saya membilang berapa banyak article yang saya menulis untuk dititipkan untuk arwah bapa saya yang meninggal pada Khamis lalu… saya rasa tersangat sayu…

Mungkin saya ini tidak berapa manja dengan dia … bukan saya sahaja .. malah mungkin dengan adik beradik yang lain…

Sewaktu saya kecil … saya selalu merasa Abah itu orang asing.. ini kerana Abah tidak ada semasa proses kami tumbuh membesar… kami dibesarkan dengan didikan seorang ibu dan .. yang kami tahu kami ada seorang Abah yang merantau jauh nun disana … di Australia untuk mencari rezeki buat kami sekeluarga…

Jika tidak silap … 15 tahun abah tidak tinggal bersama kami…

Oleh kerana masa yang diambil lama … tetapi bagi kami sekeluarga … itu adalah perancangan terbaik untuk kami sekeluarga … dan Abah pada pandangan saya ….. abah adalah seorang yang sangat merancang masa depannya…

Dia adalah contoh terbaik untuk kami sekeluarga… dia pada suatu masa dulu ..saya ini selalu tidak bersetuju dengan apa sahaja pendapat dia … namun akhirnya pasti  saya tunduk dengan segala keputusan … jika mahu dikenang semula … apakah kenangan paling maniss … antaranya ialah :

1. Saya  masih ingat saat ketika pertama kali aku dibelikan basikal bmx berwarna biru apabila aku sudah tahu menunggang basikal dua roda… aku menjerit-jerit pulang ke rumah … dan meminta dibelikan basikal … belum maghrib basikal yang diminta sudah ada .

2. Saya juga masih ingat saat ketika aku dibelikan sebuah permainan memancing ikan .. yang dibeli dari Singapura… punyalah hati ini gembira tidak terkata….

3. Saya masih ingat apabila ditegur tidak berjaya menghafal sifir dengan baik.

4. Saya masih ingat apabila ditegur .. kerana terlalu manja apabila abah menjadi guru agama saya .. saya ini tidak mengambil Al Quran dan Rehal untuk mengaji … saya hanya akan bersila dan menunggu Abah datang menyediakan semua… saya tidak dilayan …

5. Saya masih ingat apabila didokong masuk ke bililk kerana tidur di ruang tamu dan mengganggu Abah menonton berita dunia di TV1

6. Saya  masih ingat diberikan sejumlah wang yang besar untuk membeli kereta… itu barulah aku tahu … aku ini bertuah adanya bapa bernama Othman Bin Akip.

Pesanan -pesanan akhir abah… masih teringat-ingat ..

Antaranya – menjaga tingkah laku dan maruah keluarga.

Tidak hanya merancang untuk hari ini… rancanglah untuk hari depan.

Saya ini mungkin juga dilihat anak paling jahil … jahil kerana tidak seperti dia yang sungguh dilihat … adalah seorang insan yang selalu mencari keredhaan Illahi… dia sangat mencintai masjid dan Al Quran … sehingga pada hari-hari akhir dan ingatannya semakin kurang … dia- saya lihat mampu membaca surah-surah amalannya dengan baik.

Dia sudah lupa nama saya … namun dia masih tidak lupa surah yang dihafalnya…

Sungguh saya rindu Abah pada masa dan tika ini.

Al Fatihah untuk Abah disana.

3 thoughts on “Redha.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s