Clumsy??!


Saya selalu terfikir …  saya ini clumsy ataupun sotong ?

Haaaa… selalu saya ini terlanggar meja dan macam-macam benda bila melakukan sesuatu dengan tergesa-gesa… paling tidak saya akan terseliuh sendiri kerana mahu mengejar masa…

Saya ini pernah lebam dikaki kerana … terlalu lama panggilan emak untuk saya datang segera ke dapur tidak disahut …segera saya lari dengan laju supaya mak tidak merajuk dengan perbuatan saya yang buat tak tahu itu…kesan lebam itu meninggalkan tanda dikaki saya sehingga hari ini..agaknya darah beku ler tu…

Saya juga pernah terseliuh dek kerana mahu cepat naik tangga.. ishk.

Kebelakangan ini… rasa  makin menjadi clumsy saya… perasaan berdebar-debar selalu sahaja  singgah pada saya … tidak kira apabila memandu… berjalan kaki… tengah minum-minum ker… tengah berbual-bual ker… perasaan ini pasti ada …

Ini adalah kerana deadline saya yang semakin dekat gila… rasa semacam stressnya…. benar lain tempat lain stressnya… dahulu saya berhadapan dengan Puan Besar… Tuan Besar … paymaster itu… segala yang dimahunya akan dipenuhi …

Di sini… lain- demand untuk program agama itu terhadap contentnya perlu dilihat lebih dewasa.Tidak semudah program yang disiarkan di stesyen tv sekular yang lain… kali ini approachnya lain… Saya bersyukur kerana semua bos punya sifat sabar yang tinggi .. kecuali sekali dua… bos saya itu melenting… dan kes terbaru .. pecah hp dan batteri hilang….itu cerita ofis- biasakan.

Pagi ini, clumsy ataupun tindakan sotong saya itu … telah menyebabkan kejadian buruk berlaku… dan hampir-hampir saya ini melanggar kereta dihadapan dengan kelajuan yang tidak disengajakan…

Pagi ini… saya terlewat.. saya terlewat kerana impress  membaca sirah Nabi Sulaiman AS… saya tidak sedar saya sudah lewat untuk ke ofis … saya cuba memikirkan bagaimana beliau bercakap dengan jin-jin.. bagaimana kewafatan baginda tidak disedari oleh jin yang sedang membina sebuah monumen untuk kerajaan baginda…ada sahih menyatakan monumen ini adalah Masjid Al Aqsa.

Berita kedatang malaikat pencabut nyawa dirahsiakan … kerana itu adalah pekara ghaib..Jin-jin itu menyedari baginda wafat setelah rebah … dan melihat anai-anai memakan tongkat baginda-to much story to tell mengenai keistimewaan baginda ini… Tidak berhenti saya membacanya… dan saya ini … tersentap apabila menerima panggilan daripada bosss itu kerana sudah lewat ke ofis… adush…

Damn! saya terus dengan laju berlari-lari kecil menuju ke kereta… mula saya sudah berfikir untuk meletakkan laptop itu di bahagian belakang.. namun berkata dalam hati.. ah start enjin dahulu…

Kemudian … saya dengan sepantas kilat setelah menghidupkan enjin… mengambil laptop dibahagian hadapan dan meletakkannya dibahagian belakang… rupanya tali laptop yang panjang itu telah terbelit digear hingga kereta saya itu berada di dalam gear bersedia untuk  mendaki bukit… simbol 2 itu … menakutkan saya … bukan simbol D oke!

Dengan pantas kilat juga… saya ini menekan brek… untuk tidak melanggar kereta dihadapan …

Pergilah clumsy dari saya… kerana saya ini boleh kena sakit jantung bila jadi hal-hal sebegini…Kalaulah saya ini melanggar kereta orang lain di dalam keadaan sebegitu pastinya saya ini sudah DICOP SI CLUMSY!

4 thoughts on “Clumsy??!

  1. mikatsum says:

    slm,pertama kali jenguk blog nie,mcm diri sy sblm nie..
    bykkan selawat,rancang jadual harian,cepat lupakan kalu tersalah..InshaAllah lama2 hilng la clumsy tu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s