Saya hanya balik kampung untuk sekali sahaja untuk berbuka puasa bersama keluarga puasa tahun ini…
Tentunya puasa dan raya tahun ini berlainan sekali….Mood Hari Raya langsung tidak ada…
Seorang kawan bertanya … ” Hang balik raya hari apa – saya jawab entah malam raya kot”.
Saya ini sengaja untuk tidak balik awal dan merasa mood raya tahun ini… saya ini tidak mahu melihat – keadaan meriah jiran di sebelah rumah yang sedang merebus ketupat dan memasang langsir.
For the reason is – Abah yang tidak sihat dan semakin melupakan saya… ingatan abah langsung tidak ada untuk saya.
Pastinya saya ini akan merindu suara abah untuk takbir raya… saya juga akan rindukan segalanya…
Tapi untuk memeriahkan hari emak .. saya akan tetap bergumbirakan dia …
Untuk mak saya tetap pulang untuk menjadikan hari emak untuk tidak terus sunyi sepi ya…
Tungggu…
Ohhhh Ohhhh balik kampung…