Sinar Salam


Terbaca entry seorang sahabat .. bercerita mengenai nasib bekas pelacur, pelacur dan anak-anak pelacur di Rumah Sinar Salam.

Dalam hati kata bagusla sahabat ini dan rakannya memilih untuk menjengah dan memberikan baju kepada penghuni rumah Sdisini..

Aku percaya sebagai manusia .. pastinya ada sifat murni di dalam hati seseorang itu-  Walaupun terpalit warna hitam dan gelap suatu masa dulu.. sekurang-kurangnya bekas pelacur itu tidaklah sekejam mereka yang membuang bayi akibat malu dengan perbuatan sendiri. 

Rasanya sudah tiga kali aku menulis dan menerbitkan cerita mengenai orang jalanan, penagih dadah dan pelacur di belakang lorong mati… masih segar dalam ingatan ketika pertama kali membuat pengambaran bersama dengan penghuni disini… terasa takut yang maha dahsyat…nasibla pada ketika itu assignment itu dijayakan bersama dengan beberapa orang senior ditempat aku bekerja suatu masa dulu…

SEGALA cerita dilorong gelap ini  kebiasaannya – endingnya pasti di Rumah Sinar Salam…

Menjadikan sebuah ending yang memberikan cahaya baru kepada pelacur yang mahu berubah mungkin dirasakan itulah ending yang paling terbaik… jika mahu membuat ending seseorang mati di belakang mati .. hidup dalam keadaan putus asa… mungkin aku dilihat terlalu jahat … namun yang pasti di lorong belakang mati itu .. ada yang telah mati kerana terus memilih untuk terus disemadikan bersama busuk dan hanyir kerana kehidupan terlalu jahat untuk mereka ..

Kehidupan terlalu jahat ???? dan tuhan itu tidak adil??? mungkin pertanyyan yang berat dan kenyaataan yang silap…. namun bagi aku tidak semua daripada kita ini begitu kuat untuk terus keluar dari jalan hitam sekiranya sekali kita terjebak … setiap kali pulang dan selesai tugasan di lorong gelap .. aku selalunya terfikir .. benarkah tuhan itu tidak adil??? atau mungkin mereka yang degil??? atau mereka ini tidak pernah diberikan peluang untuk keluar dari lorong belakang mati.

Tiga minggu lalu – aku sekali lagi ke lorong dan Rumah Sinar Salam. Yang pasti cerita yang sama tapi angle cerita yang berubah. Memilih subjek yang lebih menjurus kepada mereka yang melakukan kerja amal secara berjemaah.

Mengambil subjek bekas pekerja seks dan penagih wanita jalanan itu sudah pasti. Namun kali ini storynya lebih kepada melakukan kerja amal secara berkumpulan . Apakah kelebihan melakukan kerja secara berkumpulan – bagi aku besar maknanya…. mereka yang menjalankan misi menyelamatkan akidah ini … pastinya memerlukan antara satu sama lain- maksudnya masing -masing meminjam semangat masing -masing.

Kelas Motivasi

Arfida mengambil semangat bekas -bekas penagih dan anak-anak yang dibawah jagaannya dan kumpulan sasaran itu mengambil semangat Arfida untuk terus bebas daripada segala cobaan hidup.

Ini dinamakan meminjam semangat dan dipinjamkan semangat.

Kelas Menari - Boleh?

Semoga usaha Arfida dan jemaahnya akan sentiasa dirahmati oleh Yang Maha Kuasa.

One thought on “Sinar Salam

  1. Saba Abdul Talib says:

    Puan,
    Baru-baru ini ada terlihat di majalah 3 mengenai Rumah Sinar Salam. Bolehkah sekiranya wanita-wanita ini di ambil bertugas sebagai pembantu rumah ? Pada pendapat puan, sesuaikah untuk saya memberi peluang kepada mereka untuk memulakan hidup baru dengan memngambil mereka bekerja sebagai pembantu rumah ? Saya baru sahaja mndaftar untuk mengambil pembantu rumah warga asing, tetapi saya terfikir sekiranya mereka ini ingin berubah, mungkin mereka boleh di beri peluang untuk bekerja…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s