Gila ah!


Sepanjang jalan… aku mengeluh menempuh jam di petang Jumaat.

Gila ahhhhhh- jam yang melekat semacam itu, buat aku rasa macam nak turun berjalan akan lebih cepat sampai.

Untuk hilangkan rasa bosan, mengantuk dan marah keadaan jammed yang menggila, mata aku meliar keluar melihat orang-orang yang lalu lalang sepanjang jalan di sekitar jalan chow kit dan kawasan hitam disitu.

Aku terlihat seorang lelaki yang terbaring dihadapan kedai… tidak bangun-bangun dan berbaring ditengah panas.

Terlihat juga rakannya sedang cuba membangunkan lelaki itu dan lelaki yang kusut masai yang saya lihat dari jauh enggan bangun.

Aku berteka teki sendiri.. mengapa lelaki itu sebegitu??? adakah dia mabuk ??? high kerana pengambilan dadah yang berlebihan??? frust ngan wife@ girlfriend ker frush ngan boyfren.. emmmm….

Jammed yang semakin menggila menyebabkan aku merenung dengan lebih lama … sehinggalah perbuatan itu ditegur oleh rakan yang menjadi pilot untuk assignment kali ini..

‘Wey… apa yang ko pandang,’tanya member aku sorang nie.

Jawap aku mudah- tak ada apalah.Bosan.

Setelah beredar dalam keadaan jammed yang membuatkan aku binggung sampai ke ofis.. aku mula berfikir…

Mungkin lelaki itu keciwa dengan kehidupan dia… mungkin dia sudah putus asa… mungkin dia sudah putus saudara… mungkin juga dia putus cinta.

Bahaya. Untuk kita kenang benda pahit.. dan bagi aku sekiranya dikenang ianya akan memakan diri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s