Lama juga rasanya aku tak update.
Too many things happen. Perubahan paling besar rasanya ialah transformasi diri kepada pemakaian tudung dan juga tempat bekerja.
Hari ini aku dilaser oleh seorang teman, kerana berpakaian ‘semengah’ ke tempat kerja. Ia benar, sebelum ini aku ikut sedap sarung apa aja yang sempat…. asal simple dan tidak menimbulkan rasa pelik dengan pakaian pada hari bekerja dan hari-hari biasa.
Rutin sudah berubah.Menempuh jam setiap hari. Seorang teman aku nie kata ‘melekat’ jamnya setiap hari…buat aku letih setiap hari. I need to STAY in KL.
New frenz… new place… but im still the same person. Masih seperti dahulu. Yang merasa perlu lalu hari dengan sabar dan apa sahaja yang datang aku tempuh dan rempuh macam sedia kala.
Cuti berhenti aku spend dikampung. Dua minggu di kampung, terasa macam sekejap aja…. menemani emak setiap hari menguruskan abah yang terlantar sakit…
Dan melayan perasaan mak yang hari-hari ..aku rasa dia menitiskan airmata … melihat insan yang dicintai yang hanya terbaring dan katanya hanya ada nyawa masih dibadan … buat aku rasa sangat sayu.
Each and every day. First thing comes to my mind. Macam manalah agaknya keadaan mak… dan lebih berat lagi memikirkan abah itu.Menemani seorang insan yang banyak berkorban untuk keluarga .. aku rasa inilah masa yang terbaik untuk dia. Pesan seorang doktor yang merawat abah dirumah ialah tis is the time he need more intention dan please dont leave him alone.
Dunia abah sudah berubah. Dia bagaikan seorang bayi. Perlu diberi susu dan perlu dipakaikan pampers.. dan disiang hari dia tidur, disebelah malam dia akan berjaga. Tidak sampai hati untuk aku membiarkan dia berseorangan bila waktu malam… aku temani dia sehingga ke pukul lima pagi.
Too much things i told him. One of the things how much i love him. Tak terbalas segala jasanya kepada aku. Tanpa dia, siapalah aku. Rasanya doa dialah menemani aku setiap hari.
Sebelum pulang ke sini semula, tangisan mak membuat fikiran aku tidak menentu. Shes need me.
Insyaallah. Ina pasti akan pulang menemani emak. Dunt worry. INI JANJI INA.
janji itu paterikan, selamanya!
Ina sayang Abahkan? Ina pun kena sayang diri Ina…huhu..sedehnyer baca kisah kawan aku ni…sabar yea.
Lovely
http://www.polltohoof.com