LETIH


Kebelakangan ini… aku terasa begitu letih….

One of my gud frenz (Jocelyn) said .. i need a rest .. i look so tired… and some more … saya dilihat begitu kusut…

Kalau hendak dikira dengan kepenatan kerja … untuk urusan menyiapkan skrip dan seterusnya proses pengambaran.. sudah seminggu aku tidak langsung untuk mengupdatekan apa yang ada. Mujur aku punya pembantu yang cekap .. dia mengurus segala kerja pre produksi dan aku hanya memberikan jadual deadline yang perlu diikuti.

Last sms … aku kepada dia.. Hope we don’t work behind the schedule… seperti lazim … sudah pun terkebelakang jadual bekerja … sekarang perlu mengejar semua kerja-kerja yang terbengkalai..

Sukar untuk melaksanakan segala apa yang dirancang sekiranya … kita lebih banyak berfikir daripada buat kerja … kita lebih memikirkan impaknya .. sebelum segalanya bermula .

Iya . Ini masalah yang aku hadapi untuk minggu ini.

Aku akui. Terasa beratnya kaki untuk terus bersemangat bekerja setelah ramai rakan-rakan yang sudah tiada disini… terasa tiada tempat rujukan untuk saya tahu apakah tindakan saya betul dalam membuat sesuatu keputusan. Dan lebih terasa ‘kosong’ sudah tempat ini.

Tiada lagi bos yang boleh berkongsi rasa risau dan kadangkala bergelak ketawa bersama.

Aku tidak tahu. Jika ada yang concern mengenai keadaan dimana pihak pengurusan mengetahui bahawa kami yang muda-muda ini perlukan senior melihat sesuatu pekara dalam skop yang lebih besar.

Lebih daripada itu, saya tidak punya masa untuk pulang melihat keadaan Abah yang sudah sebulan aku kira tidak melihat dia… Setiap minit saya ini sentiasa memikirkan bagaimana agaknya abah dan lebih menrisaukan keadaan emak yang bukannya sihat benar.

Minggu ini saya berjanji untuk pulang. Tapi impak daripada kusut dan tidak membuat apa-apa itu .. mengheret saya untuk bekerja dihujung minggu.

Tika dan saat ini.. saya masih belum membuka file words dan ada semangat untuk menulis .

ESOK. Update untuk progress.

Aku masih tidak tahu bagaimana mahu menjawab. Dalam pada masa yang sama keadaan kronik program aku yang tiada stok untuk tx minggu ini. Malam ini terpaksa untuk aku menanti pak harimau yang akan menghantar tape master dan sebelum pukul 9pg perlu sampai ke AWANI.

Dalam penantian . Datangla Sang Arjuna aka Aman dan Abg Z aka Abang Zaidi. Bertanya dengan 50 hrs daripada 70hrs … adakah co ini akan terus berdiri kukuh?

Jauh daripada itu.. aku tahu mereka merujuk kepada adakah aku ini masih akan kukuh dan terus berada di dalam keadaan yang sukar ini.

Atau disebalik kata mereka ialah … adakah aku yakin dengan apa yang ada untuk masa ini?

Semalam sebelum aku melelapkan mata … sempat aku ambil sebuah majalah dan baca. Article mengenai keyakinan itu sedikit membakar api semangat yang rasanya semakin mengecil.

Artikel yang menceritakan bagaimana bala tentera Islam yang kurang yakin untuk menang di dalam sebuah perang menentang pihak musuh… Ketua panglima Islam itu … membawa semua askar berjumpa seorang ketua agama dan ketua agama itu memberi secebis kain untuk diletakkan dibendera yang dibawa ke medan perang… dan akhirnya perang itu menyebelahi pada tentera Islam.

Tanya seorang tentera kepada ketua panglima … apakah maksud disebalik kain itu… jawab ketua panglima … tiada apa yang istimewa .. kain itu diletakkan hanya untuk dijadikan semangat dan keyakinan untuk terus menang…

Moralnya adalah yakinlah pada pekara yang sukar.

SEKIAN.

One thought on “LETIH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s