Muak dengan CERITA HANTU


Satu ketika dulu… aku masih ingat …betapa gerunnya menonton cerita hantu yang dibawakan oleh Norkumalasari …. yang drama ini bertajuk Misteri Rumah Tua.

Drama ini sangat seram oke! Punyalah aku  takut… sehingga  untuk keluar malam dan sekiranya terbangun di tengah waktu malam … aku sangat takut…

Kiranya cerita ini berjaya menakutkan aku untuk percaya kewujudan hantu mampu merosakkan malam dan menjadikan manusia itu menjadi takut kepada hantu lebih daripada takut kepada tuhan…

Selepas beberapa tahun selepas itu … tidak ada cerita hantu … waktu itu aku tidak tahu … bahawa cerita hantu diharamkan tayangannya!  Selepas tu aku bantai tengok cerita OPAH, Naik Tangga Turun Tangga dan  cerita kartun doraemon! Hehehe…

Bila da tak ada lagi siaran cerita hantu .. aku mula lupa mengenai cerita hantu yang dibawa Norkumalasari itu!!!

Tapi lately… bagi aku terlalu banyak cerita hantu yang disiarkan … ada scene yang aku rasa terlampau dengan scene yang direka cipta itu… memang benar … dalam membuat sebarang program tv.. rating itu sangat penting..tapi bagi pembuat drama dan filem … janganlah dok asyik nak buat cerita hantu !

Aku boleh jadi sensitif jika .. ada teman yang switch ke channel yang ada cerita hantu melayu…

Aku sangat tahu … antara motif yang dipegang oleh pengiat seni yang mahu membuat cerita hantu ini ialah mahu memberi pengajaran kepada penonton untuk tidak terus percaya kepada benda tahyul dan mistik …

Tahulah nak cover dok tulis…. cerita yang disiarkan tidak ada kena mengena antara yang hidup ataupun mati …ataupun nak cover line lagi … letak beberapa baris ayat Al Quran untuk menidakkan apa yang diceritakan dan meminta merujuk kepada jalan yang benar…

Tapi .. perlukan begitu banyak cerita alam bunian dan hantu selain cerita manusia dan realiti kehidupan!

# Teringat program Citra Manusia … tak ada rating tp taklah dok cerita tentang hantu … puaka … alam bunian dll… BOSAN!!!!

2 thoughts on “Muak dengan CERITA HANTU

  1. kalau direnung kembali, Citra Manusia actually adalah satu doku yang lebih menyentuh kepada golongan sasar iaitu warga marhaen

    namun promo yang kurang membuatkan kehadirannya kurang disedari

    jalan cerita yang basi kerana ada title yang pernah dibuat dalam Expose juga membuatkan ia kelihatan agak anti klimaks

    apapun berbanggalah, kerana anda dan rakan-rakan ada rekod buat program kemanusiaan…bukan hanya sekadar program hiburan, jenayah dan cerita hantu yang tak berapa hantu itu

    tepuk tangan pada diri sendiri!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s